News Update :

Berita Kampus

Aktiviti

Tazkirah

Artikel

Video

Kuliah Feqah MAHASISWI

Tuesday, July 31, 2012

Salam Ramadhan Karim... pada hari ini 31/7/2012 
(11 Ramadhan 1433) akan berlangsung PENGAJIAN FIQAH (untuk mahasiswi sahaja) di SURAU MASRIA pada pukul
 5pm-6pm sahaja.. anda semua dijemput hadir... 
let's improve our knowledge!



Ubat Hati Ada 5 bro..


\
*tanda badan kita sakit ialah apabila "kita hilang selera makan, badan lemah dan lain"
Konsepnya sama seperti kita sakit, contohnya demam..kita akan berjumpa doctor, dan doctor menyuruh kita; makan ubat, minum air suam banyak2, jangan keluar rumah, elakkan minum air sejuk dan lain2


* tanda hati kita itu sakit ialah apabila "kita tak selera menunaikan/melakukan ibadah"
begitu juga dengan hati..apabila hati kita sakit, inilah ubatnya..Ulama2 umpama doctor kita, dan inilah ubatnya, bersandarkan al Quran dan as Sunnah

Ubat Hati ada 5 perkara

1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat Malam (qiammullail)
3. Bersama sama dengan orang soleh
4.Banyakkan berpuasa
5.Banyakkan berzikir


Selamat beramal

SURVEY - Punca Kes Rogol Menjadi jadi di Malaysia

Salam sahabat sahabat semua, moga sentiasa dalam redho dan rahmat ALLAH S.W.T



jom jawab survey ini. Sahabat-sahabat dialu alukan untuk memberi pandangan peribadi di ruang komen yang telah disediakan di bawah. Terima Kasih

Kes Rogol Di Malaysia : http://www.iman-online.com/2012/07/kes-rogol-menjadi-jadi-doa-khusus-elak.html


KES ROGOL MENJADI JADI - Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)



Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. 
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008

























·  18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.



·  7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

·  23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

·  14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

·  13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

·  8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

·  6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain
lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.


·  5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

·  13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. 

·  8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

·  17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. 

·  23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

·  17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.




  •   Amah dakwa dirogol abang majikan
    KUALA LUMPUR : Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirogol abang majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu, baru-baru ini.
    Sumber berkata, lelaki terbabit ‘meminjam’ pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 September lalu.  “Suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di Wangsa Maju ke rumahnya di Bangi.

    ·  Rogol anak, nikah emak
    PETALING JAYA: Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.

    ·  Duda rogol budak upah RM5 dihukum
    KUANTAN: Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan memberinya upah RM5 hingga RM15 antara Mei tahun lalu hingga Oktober lalu. Tertuduh, Che Hassan Che Nawang, 61, dari Kampung Jaya Gading di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

    ·  Dirogol dan dibunuh dengan kejam 
    BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita ditemui mati disyaki dirogol dan dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak berhampiran sungai Kampung Kuala Tasek, dekat sini, semalam. Mangsa yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui jam 3.30 petang oleh seorang pekebun dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain luka di kemaluan akibat dicucuk kayu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Dr Mohamad Shah Husin Shah, berkata siasatan awal polis mendapati, mangsa berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan semak berkenaan.

    ·  Noor Suzaily Mukhtar, juruteknik komputer yang menemui maut dalam keadaan tragis selepas dirogol dan dibunuh kejam dalam sebuah bas ekspress di Klang, pada 7 Oktober 2000.

    ·  Tragedi yang melibatkan kes Nurin Jazlin turut mengembalikan memori pahit bagi Abdul Gani Juni, 54. Bapa kepada Nurul Huda Abdul Ghani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru pada 17 Januari 2004 itu turut berduka cita dengan kematian Nurin Jazlin.


    Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut.

    Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat.

    Mohd Nasir dalam soalannya bertanya Menteri Dalam Negeri statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.

    Dalam jawapannya, menteri memaklumkan, keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes.

    Ini termasuk 1,479 kes untuk tahun 2003, 1,765 kes untuk tahun 2004, 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2098).

    Menurut laporan dari akhbar The Malay Mail pada 19 Mei lalu, kejadian 'Rogol' di Malaysia sekarang boleh dikatakan 1 kes setiap 2.5 jam. Purata 10 wanita menjadi mangsa rogol setiap hari.




    Klik sini: SURVEY PUNCA KES ROGOL

  • Nikmat ALLAH S.W.T



    Maka nikmat Allah manakah yang ingin engkau dustakan?. Maka sujudlah, memohon keampunan dan belas serta rahmant dariNya.

    Al Mathurat Amalan Ahli IMAN - JOM AMALKAN

    Monday, July 30, 2012

    Salam sahabat-sahabat sekalian, moga dalam rahmat dan redho ALLAH S.W.T selalu.

    Kita sebagai ahli IMAN, kita kena lazimi diri kita dengan membaca Al Mathurat pada setiap pagi dan petang.

    Ini merupakan satu proses tarbiyah rohani untuk ahli-ahli IMAN. Moga kita terus istiqomah.
















    Untuk maklumat lanjut, sila ke klik SINI

    "Ke Arah Pemantapan Sakhsiah"

    Kelebihan melazimi bacaan Al Mathurat



    Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

    Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat ini jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat ini akan merasakan perbezaan dari hari-hari lain yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat ini.

    Bagi seorang mukmin masanya tidak boleh berlalu begitu sahaja. Di waktu pagi dan petang ia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal dari Nabi SAW).





    Al- Ma’thurat dimulai dengan ucapan ” Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam” , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.

    Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma’thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.
    Kelebihan membaca Al Mathurat:

    1. Tidak dihampiri syaitan
    2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
    3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
    4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
    5. Selamat dari segala sesuatu.
    6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
    7. Allah berhak untuk meredhainya
    8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
    9. Terhindar daripada syirik.
    10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
    11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
    12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
    13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
    14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

    p/s: Kepada sahabat-sahabat ahli IMAN, mari kita bersama amalkan amalan yang cukup mulia ini..kita baca pada pagi sekali dan petang sekali, supaya setiap hari diri kita ini, roh kita ini ditarbiyah. Mudah-mudahan amalan kita ini akan mendapat rahmat dan keredhoan ALLAH.

    ADA YANG MEMERHATIKAN ANDA KETIKA ANDA MENUKAR PAKAIAN

    Mesej ini sangat penting untuk anak-anak gadis / wanita yang menukar pakaian di pasaraya/pusat beli belah...

    Hanya menjalankan ujian mudah ini: Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika terdapat GAP antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin ASLI. Walau bagaimanapun, jika kuku anda TERUS menyentuh imej anda, BERHATI-HATI..ITU CERMIN TEMBUS..ADA YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA MENUKAR PAKAIAN

    Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin untuk menyalin pakaian,buat "ujian kuku." ambil masa seminit je nak buat ujian ni.

    Mahasiswa mahasiswi kena alert..bila keluar ke village mall, Center Square atau mana mana pun..jika ingin menukar pakaian, buat ujian ini dulu..

    p/s: lahanat kepada orang yang buat kerja iblis macam ini(mengintai)..


    SHARE JIKA ANDA PRIHATIN..

    Penyembelihan terbaru di satu perkampungan DIR AZ-ZUR, Syria


    Penyembelihan terbaru di satu perkampungan DIR AZ-ZUR, Syria telah mengorbankan tidak kurang dari 20 nyawa, kebanyakan mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Antara mereka ada yang dibakar.

    Stop Killing Muslim In BURMA




    RAYUAN: Di bulan puasa Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati. 

    Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?
    MAKLUMAN RALAT: Saya telah dimaklumkan bahawa gambar di atas adalah gambar mangsa tragedi taufan di Myammar. Kalau apa yang diberitahu kepada saya itu benar maka anggaplah gambar di atas SEKADAR GAMBAR HIASAN sahaja. Namun begitu kes penindasan terhadap umat Islam di Myammar itu BENAR. Oleh itu terus berdoa dan bacakan al-fatihah. 


    Video eksklusif : 60 Wanita Diperkosa Di Mandao, MYAMMAR




    KESIMPANG siuran informasi tentang Muslim Rohingya di Myanmar hingga kini masih terjadi. Bagaimana keadaan sebenarnya? Pihak PBB baru-baru ini menyebutkan terjadi korban tersebar di beberapa wilayah, tetapi rejim Myanmar tidak mengizinkan setiap organisasi ataupun media untuk memasuki negaranya.

    Dalam video yang sudah dilihat 90.483 orang ini, terlihat api membumbung tinggi dan kebakaran beberapa rumah penduduk. Terlihat wajah-wajah orang panik saat kamera mensyuting mereka. Warga Muslim nampak menyematkan diri ke tempat lebih aman. Terdengar suara dan teriakan takbir berkali-kali, seolah menunggu pertolongan.

    “Allahuakbar..Allahuakbar... Allahuakbar,” jerit mereka.

    Ahmad mengaku, ada sekitar 115,000 warga etnis Muslim Rohingya saat ini berada di Kamp pelarian di 5 wilayah. Seorang aktivis lain mengatakan, sudah 2000 orang terkrban, sedang 10 ribu orang hilang dan 60 wanita diperkosa di daerah Mandao.

    Yang cukup membuat hati tersentuh, di akhir tayangan, ratusan lelaki, wanita dan kanak-kanak nampak menuju sebuah danau, mereka beramai-ramai mengangkat tangannya berdoa untuk memohon bantuan. 

    Pendirian IMAN dalam isu Syria


    Minggu lalu sahaja sekitar 800 orang rakyat Syria telah terkorban menjadikan angka korban rakyat negara itu kini telah mencecah lebih 14000 orang. Peristiwa hitam yang telah berlangsung selama 16 bulan itu sehingga kini menyaksikan pembantaian berterusan regim  Bashar al-Asaad terhadap rakyatnya sendiri. Bermacam-macam usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengakhirkan krisis yang sedang berlangsung itu, namun ia tidak berlaku sebagaimana yang dirancangkan dan ada diantaranya ibarat hangat-hangat tahi ayam.

    Hasrat rakyat Syria adalah supaya kesengsaraan mereka dapat ditamatkan sama ada dengan penyelesaian secara rundingan atau kemenangan segera tentera pembebasan rakyat Syria.

    Setelah 6 Perkara Pelan Keamanan Majlis Keselamatan PBB gagal dilaksanakan, terkini, persidangan di Geneva (30 Jun – 1 Julai), ‘Confrence of Islamic Ummah Supporting Syrian People’ di Istanbul (2 – 3 Julai) dan mesyuarat ‘Friends for Syria’ di Paris (7 Julai) secara umumnya telah menyatakan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat Syria dan mengecam tindakan kejam Bashar al-Asaad terhadap rakyatnya serta mahu ia dihentikan segera. Pelbagai pihak lain juga sedang rancak mengusahakan bantuan kemanusiaan.

    Pelbagai spekulasi khususnya berkenaan hubungan regim  Bashar al-Asaad dengan Israel dan AS, sebab sokongan Russia terhadap regim tersebut, rasional pendirian Iran dan kemungkinan campur tangan kuasa luar serta kesannya, telah menyebabkan tidak sedikit rakyat Syria sendiri dan umat Islam lainnya masih berkonflik untuk membuat suatu pendirian yang jelas dan tegas terhadap kemelut ini.

    Hal ini dinilai oleh pemerhati terhadap sebilangan rakyat negara itu yang semacam berada di persimpangan sama ada untuk menyatakan kesetiaan kepada regim Bashar al-Asaad atau menyokong perjuangan rakyat dek kerana bimbang memikirkan kesan kejatuhan Bashar Al-Asaad akibat kebangkitan yang berlaku dan di sisi yang lain, wujud rasa tragis mengenang kekejaman yang dilakukan oleh regim Bashar al-Asaad.

    Spekulasi-spekulasi itu juga telah mengundang pelbagai andaian terhadap apa yang akan berlaku di Syria, antaranya, barat akan menyerang Syria dengan bantuan negara-negara Arab dan Turki, atau kerajaan Syria berjaya mengawal keadaan dan menamatkan kebangkitan rakyat, atau akan berlaku perang saudara yang tidak dapat diramalkan masa depannya.

    Apa juga hal sebenarnya tentang spekulasi tersebut, Ikatan Mahasiswa Dinamis berpendirian bahawa sesebuah kerajaan tiada hak untuk mencabuli keamanan negara dan rakyatnya apatah lagi melakukan seperti apa yang telah berlaku di Syria, dan mengecam sebarang campur tangan kuasa luar terhadap isu dalaman Syria. Oleh itu, Ikatan Mahasiswa Dinamis menyeru semua pihak, terutamanya golongan muda, mahasiswa-mahasiswa  untuk turut membantah dan terus memberi tekanan supaya regim Bashar al-Asaad segera menamatkan pembunuhan terhadap rakyatnya, serta bersama-sama mengusahakan dan menyokong misi bantuan material dan spiritual untuk rakyat Syria. Syria perlukan kita! Moga doa kita dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. Tuhan semesta alam.

    Tazkirah Ramadhan - Pertarungan di dalam tubuh manusia


    Justeru Allah tunjukkan kekuatan sebenar nabi Adam عليه السلام kepada para malaikatNya melalui penggunaan akal yang disiapkan untuk menuju ke alam atas, alam malakut dan kesucian melalui kecintaan dan kedambaan kepada ilmu dan makrifat. Akhirnya para malaikat sedar dan akur dengan kelebihan kurniaan Allah kepada nabi Adam.
    Manusia bukan malaikat kerana kekangan nafsu yang menariknya ke alam tanah dan haiwan. Manusia juga bukan seperti haiwan kerana ruh dan akalnya sentiasa melonjakkannya untuk menikmati kemuliaan dan kemanisan makrifat alam atas yang lebih indah. 
    Berlaku pertarungan di dalam tubuh manusia, sesuatu yang tidak berlaku ke atas para malaikat dan juga haiwan. Saatnya, manusia menemui kenikmatan, kemanisan dan kemuliaan hidup dengan ruh sehingga mencetuskan segolongan yang menindas jasad dan menyiksanya dengan melaparkan diri, memenjarakannya daripada nikmat jasadiah dan melarikan diri ke hutan demi mencapai tahap kemalaikatan. Lahir dunia kependetaan yang terputus daripada kehidupan duniawi.
    Dari sudut yang berlawanan pula, bahkan lebih mendominasi, manusia menjunam ke bawah, berkubang di longkang nafsu kehaiwanan dan kesyahwatan melampau sehingga melintasi garis kebinatangan. Mereka saling berbunuhan sesama sendiri, menindas yang lemah dan melakukan kerosakan di bumi melalui variasi pelbagai cetusan nafsu serakah kebinatangan yang tidak terkawal lagi.
    Di sinilah pertolongan Allah datang melalui perutusan al rasul yang memperkenalkan kaedah pemulihan diri yang paling hebat yang menepati kehendak dan kelayakan manusia sebagai seorang makhluk bergelar khalifahNya yang unik. 
    Ia adalah ibadah puasa. Ia kemudiannya tambah memuncak dengan pensyariatan kefardhuan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. 
    Lapar adalah senjata mendidik nafsu agar beriringan dengan ruh untuk memakmurkan kehidupan. Manusia, setinggi mana keupayaannya melonjak ke atas, dia tidak boleh menjadi malaikat kerana tugasnya adalah berbeza. Manusia adalah khalifah Allah yang memikul amanah besar di muka bumi. Manusia mesti membumi.
    Manusia juga tidak boleh berpusing di daerah bumi dan kehaiwanan sehingga lupa peranannya beribadah kepada Allah dan menyertai gerombolan kemuliaan dan kesuciaan makhluk Allah di alam malakut.
    Melalui ibadah puasa yang terpimpin oleh disiplin ugama yang khas, manusia akhirnya menemui kebahagiaan sebenar yang dicari-cari dalam kehidupannya.
    Selamat menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini.

    Hukum Pakai Seluar Jeans?


    " Tak haram pakai seluar JEANS, yang haramnya ikut perangai jahat macam JIN. "


    Ustaz Azhar Idrus

    Solat tak boleh part Time, tapi Full Time


    Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
                                                                                               
                                                                                                            (Surah Al Ankabuut ayat 45)

    Pakai pakaian ketat - Soal Jawab

    Sunday, July 29, 2012



    Sabda Rasulullah kepada Asma' binti Abu Bakar, "Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." 
    [HR Abu Dawud] 

    Tiada Dara..Perlukah Seorang Perempuan Ceritakan Kepada Bakal Suaminya - Soal Jawab



    ALLAH betul2 jaga hamba2Nya

    Ulama: Hukum mengundi wajib


    Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

    Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

    Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

    Secara ringkas:
    •       Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan negara Islam
    •       Mengundi dalam pilihan raya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
    •       Dalam ilmu usul fiqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihan raya Malaysia adalah lima tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihan     raya sahaja  iaitu dalam tempoh lima tahun sekali.
    •       Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihan raya.
    •  

    Muhamad Zuhaili Saiman, Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
    ANITA ABU HASAN
    FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN

    9 Julai 2012
    Sinar Harian

    Popular Posts

    Blog Archive

     

    © Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.