Sabda Rasulullah s.a.w; Apabila berkeinginan terhadap sesuatu perkara, maka hendaklah solat 2 raka'at dan kemudian membaca doa dibawah.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon petunjuk dan pilihanMU, serta taqdirMu dengan kekuasaanMu dari kurnianMu yang besar kerana Engkau sahajalah yang Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkaulah Yang Mengetahui sedangkan aku tidak mengtahui. Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah! Sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini.........(sebutkan hajat sama ada urusan pernikahan, perniagaan atau musafir) adalah baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka taqdirkanllah ia dan permudahkan ia untukku, kemudian Engkau berkatilah ia untukku. Sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk dan tidak baik bagi ku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka jauhkanlah dan palingkanlah ia daripadaku dan palingkanlah ia daripadaku dan taqdirkan kebaikan untukku di mana sahaja ia berada, kemudia limpahkanlah keredhaanMu kepadaku dengannya."
0 comments:
Post a Comment