Asas bagi penggabungan seseorang dengan persatuan yang memperjuangkan Islam ialah wujudnya ciri-ciri dan sifat-sifat penggabungan seseorang dengan agama Islam itu sendiri.
Inilah yang menjadikan persatuan Islam itu mengambil berat ke atas persiapan peribadi Muslim yang sebenarnya, sebelum memulakan usaha membentuknya sebagai seorang anggota persatuan Islam itu.
Inilah yang menjadikan persatuan Islam itu mengambil berat ke atas persiapan peribadi Muslim yang sebenarnya, sebelum memulakan usaha membentuknya sebagai seorang anggota persatuan Islam itu.
Langkah ini perlu kerana penggabungan diri seseorang dengan ajaran Islam adalah asas, manakala penggabungan ke dalam persatuan Islam pula adalah sebahagian yang tidak boleh diceraikan dari hakikat penggabungan seseorang dengan agama Islam itu sendiri.
Sebenarnya menggabungkan diri dengan persatuan Islam kampus (PIK) bukan hanya memandai dengan membuat pemohonan menjadi ahli dan mendaftar sahaja. Pergabungan seorang mahasiswa Islam itu dengan PIK hendaklah secara menyeluruh yang merangkumi seluruh aspek, dimana mahasiswa Islam itu sendiri menjadi sebahagian dari aggota PIK itu, dan membantu dalam melaksanakan tuntutan dakwah, dan penggabungan yang sebenar benarnya akan dapat dirasai dalam diri anggota PIK itu sendiri.
Usrah atau Muslim Intellectual Group juga merupakan salah satu penggabungan mahasiswa Islam itu di dalam PIK.
Antara kewajipan penggabungan mahasiswa Islam dalam PIK ialah penggabungan Aqidah.
Usrah atau Muslim Intellectual Group juga merupakan salah satu penggabungan mahasiswa Islam itu di dalam PIK.
Antara kewajipan penggabungan mahasiswa Islam dalam PIK ialah penggabungan Aqidah.
Penggabungan aqidah menuntut mahasiswa itu untuk mentaati segala perintah ALLAH S.W.T, mengharapkan rahmat dan keredhaanNya semata mata.
Hanya Allah yang memberi taufik dan kepadanyalah kita memohon perlindungan.
0 comments:
Post a Comment