News Update :

MAHASISWA ISLAM OBOR PERJUANGAN

Monday, July 23, 2012


 Tanggungjawab Mahasiswa Islam Dalam Usia Sematang Ini :
1- Mahasiswa Islam perlu mempersiapkan diri dari sekarang untuk keluar ke tengah medan bagi membantu menegakkan Islam di bumi Allah ini. Sesungguhnya Mahasiswa Islam Adalah Obor Perjuangan.

2. Mahasiswa Islam mempunyai peranan yang begitu besar dalam usaha untuk membantu perjuangan Islam. Peranan ini dapat dilihat berdasarkan peranan sahabat dalam menegakkan negara Islam.

3. Mahasiswa Islam perlu mempunyai sifat tegas dan berani didalam diri. Sifat berani ini wujud di atas keyakinan bahawa perjuangan yang ditempuhi adalah bermatlamat mencari keredaan Allah dan melihat perlaksanaan syariat Islam dinegara ini. Ujian, mehnah dan tribulasi merupakan asam garam yang mesti dihadapi oleh setiap yang bergelar pejuang.

4. Kita wajib berusaha untuk menyatakan suara kita kepada masyarakat agar masyarakat peka dengan kewujudan sistem Alternatif, ia ini system hidup Islam, yang mampu menggantikan system konvensional. Dengan ini, ia mampu membebaskan masyarakat dari belenggu kuasa kebatilan.

5. Mahasiswa Islam mesti mempersiapkan diri dengan tarbiyah dengan bimbingan ilmu, bagi menjadikan setiap dari mahasiswa Islam itu pemimpin. Pemimpin yang berilmu, bertakwa, beriman, berkemahiran dan berpengalaman bagi menguruskan pentadbiran negeri atau negara. Mahasiswa Islam perlu sedar bahawa, masa hadapan Negara terletak pada mahasiswa-mahasiswa Islam hari ini.

7. Mahasiswa Islam sebagai obor perjuangan telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama dimedan juang Islam , berjihad menentang musuh Allah, menuntut ilmu, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan seterusnya mempertahankan syakhsiah ummah tersebut.

8. Mahasiswa Islam perlu sedar akan permasalahan yang dihadapi :

a. Krisis sosial yang berlaku dikalangan remaja , pencorak masa depan ummah amat membimbangkan kita. Keruntuhan Akhlak dan remaja dikalangan remaja adalah disebabkan anak muda terlalu didedahkan kepada dunia yang mencintai hiburan dan keseronokan , tetapi amat kurang memberi penekanan terhadap pemantapan akidah dan keimanan.

b. Pemimpin yang ada sekarang lebih berminat kepada projek-projek mewah dan pembangunan, tetapi tidak berminat untuk memulihkan kerendahan moral dan akidah termasuk membenteras gejala zina dan murtad yang semakin serius berlaku di negara kita. Sementara remaja kita sekarang banyak menjadikan artis-artis sebagai model ikutan mereka.

c. Majalah-majalah hiburan banyak memaparkan gambar-gambar separuh bogel dan sungguh mengaibkan. Eksploitasi wanita kian meningkat dan banyak aktiviti remaja yang menjurus kepada aktiviti yang tidak sihat termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

9. Oleh Itu Mahasiswa Islam :

Sudah tiba masanya untuk kita bekerja keras bagi menjatuhkan kebatilan yang ada sekarang agar generasi umat Islam masa depan dapat diselamatkan, agar generasi Al Quran dapat dibentuk untuk menerajui negara pada masa akan datang.

Harapan diutarakan agar Mahasiswa Islam keseluruhannya agar tidak mengabaikan aspek pentarbiyahan diri seperti USRAH , hadiri majlis ilmu, qiammullail dan apa-apa  bentuk pentarbiyah lain. Ianya perlu dilaksanakan demi melahirkan mahasiswa Islam yang mempunyai daya juang yang tinggi.

Cabaran arus politik dan permasalahan semasa amat memerlukan pembentukan peribadi mahasiswa Islam yang faham terhadap Islam dan tuntutannya. Ianya hendaklah dilaksanakan melalui program peningkatan ilmu dan kesedaran yang mendalam terhadap agama Islam itu sendiri secara menyeluruh .

Syakhsiah mahasiswa Islam hendaklah menjaga keterampilan diri hinggalah kepada kemampuan memimpin dan menggerakkan ummah dibawah panji-panji Islam.

Mahasiswa Islam hendaklah bersikap terbuka , tiada rasa rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar, hinggakan wujud rasa tidak mampu melakukan perubahan kea rah yang lebih baik.

Meskipun sibuk dengan kelas, assignment dan kerja-kerja persatuan, mahasiswa Islam tidak seharusnya mengabaikan tugasan dakwah kampus dan masyarakat sekeliling. Sesungguhnya mahasiswa Islam sebagai watak yang paling utama dan agung ialah mendidik generasi baru ke arah melahirkan generasi al Quran.



Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.