News Update :

Muslim Intellectual Group - CHARACTER BUILDING(Video)

Tuesday, July 3, 2012

"Dimulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Jom Join Usrah (Muslim Intellectual Group)




USRAH adalah satu medan CHARACTER BUILDING, dalam menjadi MUSLIM PROFESSIONAL

Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong  apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara pelajar, pensyarah, kakitangan akademik dan pentadbiran serta semua warga UiTM Kedah.
Justeru itu, persatuan Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN) telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Sistem Tabiyyah Usrah sebagai satu program untuk diambil oleh semua Mahasiswa Muslim  (Islam) di UiTM Kedah. Ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada mereka konsep dakwah  dalam pembentukan diri sepertimana yang diajar oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada umatnya kini.
Objektif
  1. Melahirkan Mahasiswa yang beriman, bertaqwa, berjiwa murni berlandaskan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan mereka dalam organisasi dan pengurusan bagi melahirkan insan yang berjiwa kental dalam menempuhi cabaran hidup.
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga dan staf UiTM Kedah.
  4. Memantapkan lagi sahsiah Mahasiswa UiTM Kedah yang berteraskan ilmu bagi mempertingkatkan jati diri yang jitu dalam aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah yang mulia.
  5. Melahirkan insan yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

JUSTIFIKASI
  1. Indeks keruntuhan akhlak dikalangan pelajar semakin meningkat oleh itu satu taskforce perlu dibentuk bagi menangani masalah ini.
  2. Selaras dengan hasrat kerajaan negeri Kedah bagi melahirkan modal insan yang berteraskan Spritual,Phizikal, Intelectual, Emotional dan social.
  3. Memartabatkan Imej Universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menjaga kepentingan pelajar bukan sahaja dari sudut akademik bahkan dari sudut akhlak dan sahsiah diri.

Share this Article on :

1 comments:

Mastura said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.