News Update :

Jangan Ingat Allah Lalai

Saturday, July 21, 2012


Sebuah bandar yang berada di Syria yang bernama Homs yang terdapat kubur Khalid al-Walid. Homs adalah sebuah Bandar yang besar yang kini telah berubah wajah akibat peperangan. Sebuah keluarga yang melarikan diri ke Dara’a. Sebuah pekan yang kecil sempadan dengan Jordan iaitu tempat lahir Imam Nawawi. Di Dara’a ada seorang lelaki yang bertugas sebagai menyeludup keluar ke Jordan secara haram. Tugas lelaki ini amat berisiko, dia perlu memastikan mendapat isyarat selamat sebelum keluar. Maka keluarga yang berhijrah ini singgah di rumah lelaki ini sebelum mendapat isyarat selamat untuk ke Jordan. Keluarga yang singgah di rumah lelaki itu terdiri daripada seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak perempuan. Tuan rumah itu melihat si suami ini sudah dua hari menangis. Maka tuan rumah ini pun bertanya kepada si suami apakah masalah tuan sehingga kerap menangis. Maka si suami ini menjawab engkau nampakkah 2 orang anak perempuan ini. Tentera basher telah merogol mereka di depan mata aku sendiri. Lalu tuan rumah bertanya lagi, adakah engkau ingat muka orang yang melakukan perbuatan tersebut. Si suami menjawab jika diletakkan lelaki itu dalam kalangan sejuta manusia, aku masih lagi mengecamnya. Pada suatu hari, si suami ini terperasan mengenai televisyen tuan rumah itu. Maka si suami bertanya kepada tuan rumah, televisyen ini seperti televisyen rumah aku dahulu dan aku ingat lagi aku telah menyimpan barang kemas isteriku bersama duit-duitku di belakang televisyen itu. Tuan rumah itu pun membuka belakang televisyen itu dan memang benar terdapat barang-barang kemas di belakang. Maka berkata tuan rumah itu kepada si suami, ambillah ini semua sesungguhnya ini hak kamu. Si suami berasa amat bersyukur dengan penemuan itu. Setelah beberapa hari menunggu arahan untuk ke Jordan, anak lelaki kepada tuan rumah ini pun pulang. Anaknya adalah seorang tentera bashar. Tuan rumah akan bertanya kepada anaknya setiap kali dia pulang apa engkau lakukan ketika bertugas. Maka jawab si anak, tiada apa-apa hanya tugas biasa. Tiba-tiba si suami itu menangis dan tuan rumah bertanya mengapa menangis. Si suami menjawab lelaki itulah yang merogol anak-anakku. Tuan rumah ini pun bertanya kepada anaknya adakah kamu ingat wajah lelaki ini. Anaknya berkata tidak. Tuan rumah bertanya lagi, cuba kamu lihat perempuan itu adakah kamu ingat? Lalu anaknya menjawab ya aku masih ingat. Benarkah kamu merogol mereka,Tanya tuan rumah. Si anak pun diam. Setelah didesak akhirnya si anak mengaku. Tuan rumah menyoal lagi, siapakah yang menyuruh kamu lakukannya. Maka jawab si anak, aku diberi arahan untuk melakukannya. Lalu tuan rumah itu terus menembak anaknya.
Pengajaran yang boleh kita kongsi berdasar kisah ini iaitu, Allah Maha Berkuasa, Dia mampu membalas apa sahaja perbuatan bila-bila masa sahaja walaupun di depan mata kita sendiri.
Firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (surah Ibrahim 42-43).  
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.