Saudara-saudara yang mulia !!
Perkara yang pertama yang harus anda
semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:
Jenis pertama :
Negara di mana orang-orang Islam
merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang
lain (bukan Islam).
Jenis kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian
besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui
pemerintahan.
Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa
kelompok yang kedua ini lebih penting dari kelompok yang pertama mengikut
ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di
atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih
untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ini bukan bererti saya menafikan
kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya memberi perhatian khusus untuknya,
kerana dengan wujudnya orang-orang yang beriman dengan satu akidah, satu fikrah
dan satu sistem hidup yang berada di segenap penjuru alam ini, yang bilangan
mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah
sebenarnya sebesar-besar wasilah dan
sekuat-kuat pendorong untuk membakar semangat orang-orang yang beriman dengan
akidah, fikrah dan sistem tadi supaya hidup secara praktikal dan meninggikan
panjinya.
Tetapi apabila akidah, pemikiran dan
dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri atau kedudukan terhina maka sudah
terang orang-orang mukmin yang bertaburan disana sini di segenap pelusuk alam
tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi oleh langit hingga sesuatu masa
yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek pula.
Abul A’la Al-Maududi
0 comments:
Post a Comment