News Update :

Berita Kampus

Aktiviti

Tazkirah

Artikel

Video

Oh Lord, send me back - Islamic Film on Death [ENG SUB] [Full Movie in HD]

Thursday, June 28, 2012

UZAR - Panduan Hubungan Lelaki Wanita

Sempurnakah Solatku (Bhg 1) TV 9 oleh Dr Zaharuddin

Ustaz Zaharuddin - Penjelasan Hukum Hudud

Dr. Zaharuddin : Nilai hati wanita dan pakaian (TV Al-Hijrah)

Dunia Muslimah: Cantik hanya setipis kulit yang menyaluti

Struggling To Be A Better Muslimah Everyday

Nasihat Wardina Safiyyah kepada orang yang bercouple

Ustaz Azhar Idrus & Zizan Countdown 2012 FULL Bahagian 2/2

Ustaz Azhar Idrus & Zizan Countdown 2012 FULL Bahagian 1/2

30 Minit Ustaz Don - Tajwid

Cara Baca Al-Fatihah dengan betul



3 minit: mari belajar cara membaca Al-Fatihah dengan betul

Tanah Kubur - Balasan Dedah Aurat(Video)



Sebuah kisah pengajaran buat semua muslim. Jika anda mengelak dari menonton kisah ini, bermakna anda cuba untuk menipu diri sendiri kerana anda enggan mengenal Islam dan hukum-hukumnya. Tapi sekiranya anda menonton video ini, semoga Allah swt, menganugerahkan seribu rahmatNya kepada anda kerana anda adalah seorang hamba yang mencari keredhaan Allah S.W.T. Yang baik harus disebar-sebarkan. 



Credit kepada Pihak Astro Oasis kerana menyediakan sebuah paparan yang menginsafkan ini::

Surah al Luqman "kita sebagai seorang mahasiswa"


Assalamualaikum...

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati, Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul. 

"Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."
 (Surah al Luqman ayat 17

Sahabat-sahabat sekalian, di sini ALLAH menyuruh kita untuk laksanakan solat dan berdakwah, ia ini amar makru nahi mungkar(menyeru kepada yang baik dan mencegah daripada yang mungkar) dan sabar lah dengan apa yang akan kita tempuhi dalam kehidupan kita dalam konteks kita sebagai seorang mahasiswa Islam.

Pertama sekali dalam ayat tersebut, ALLAH suruh kita untuk solat. ALLAH menyuruh umat Islam supaya dirikan solat kerana solat inilah yang akan membersihkan jiwa manusia. Ini akan berlaku apabila seorang hamba ALLAH itu mendekatkan diri nya pada ALLAH yang Maha Esa. Solat ini juga akan memperbaiki diri kita dan solat yang khusyuk yang dititikberatkan atau yang paling utama. Ertinya disini dalam kita menjadikan diri kita seorang Mahasiswa yang cemerlang, maka solat lah.

Dalam konteks kita sebagai seorang mahasiswa, di samping peranan kita sebagai seorang pelajar, seorang ahli intelek, kita juga wajib menjadi seorang dai'(pendakwah).

Kita sudahpun berIkrar menjadi seorang pendakwah sebaik saja kita mengucap 2 kali syahadah. Ertinya, kita beriman dengan semua yang terkandung dalam al Quran dan as Sunnah. ALLAH ada menyebut di dalam al Quran supaya menyeru kepada ALLAH, dan mencegah daripada kemungkaran.Peranan ini dijelaskan di dalam al Quran, sepertimana firman ALLAH dan Hadis nabi.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3)


Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. (Surah Al-Maaidah, Ayat: 67).


"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi". (Hadis riwayat Tirmizi).


"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf(yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).


“ Agama adalah nasihat.” Ibnu Aus dan para sahabat bertanya, “ Bagi siapa ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW, “ Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, bagi para pemimpin muslimin serta rakyat mereka.” (H.R Muslim).


"Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat." (HR. Bukhari dalam Kitab Shahihnya)


Jelas sekali bahawa setiap dari kita ada peranan sebagai seorang dai' (pendakwah). Hukum berdakwah adalah wajib dan kewajipan ini tertaklif pada setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu tuntutan secara syar’ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau rakyat jelata secara khususiah atau umum. Begitu juga dalam konteks kita sebagai seorang pekerja, seorang ayah dan sebagainya..peranan sebagai seorang dai' tidak boleh diabaikan..

Sesungguhnya, sangat penting bagi kita untuk berdakwah, kerana ia adalah satu kewajipan bagi kita sebagai umat Islam.

Kemudian ALLAH menyuruh kita untuk sabar. sabarlah dengan ujian ujian kehidupan sebagai seorang mahasiswa, seorang pendakwah, sabar dengan assigment, test, exam, wanita yang cuba menggoda, lelaki yang cuba memikat, kawan-kawan, kesibukan, orang yang mengutuk, orang yang memandang rendah dan lain-lain. 

kesimpulannya, mahasiswa perlu solat, berdakwah dan sabar. Jika semua perkara di atas dapat kita semaikan dalam diri kita, menjadikan ia sebagai darah daging kita. Insyaallah, kita semua akan menjadi hamba ALLAH yang beruntung, seperti dalam firman ALLAH;

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. 
(Surah al Shaff ayat 10-11)

Wallahu A’lam 


Mohd Kaizan Bin Nazlan
Timbalan Presiden
Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN)

Mahasiswa Islam


Assalamualaikum...

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati, Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul. 

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Berikut merupakan ucapan Saidina Abu Bakar al-Siddiq ketika menjadi khalifah yang kedua. Seperti mana tujuan ucapan itu disampaikan, seperti itu juga ucapan ini disampaikan.

IMAN merupakan sebuah persatuan mahasiswa yang menjalankan aktiviti dan program Islamik berdasarkan garis panduan syarak. Di mana fokus gerak kerjanya adalah di UiTM Merbok yang indah ini.

Sahabat-sahabat sekalian, ahli-ahli IMAN di peringkat diploma dan degree, mahupun di semester pertama hingga ke semester akhir sudah pun mencapai ribuah ahli. Sehubungan itu, seluruh ahli IMAN sama ada di peringkat diploma atau degree, sama ada sibuk atau tidak, wajib menabur bakti dalam usaha menjadikan UiTM Kedah sebagai sebuah Universiti yang unggul dimana nilai nilai Islam diterapkan dalam diri setiap mahasiswa Islam. itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan mahasiswa Islam. pengorbanan mewujudkan biah solehah(suasana Islam).

Fikrah yang jelas bakal membentuk jatidiri dan integriti sebagai seorang mahasiswa Islam. Sebab itulah antara fokus pembawakan IMAN ialah kearah pemantapan sahsiah. Sahsiah ini, boleh kita takrifkan sebagai akhlak mulia yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa Islam.

Sikap menjaga hak dan maruah sebagai seorang mahasiswa Islam merupakan identiti akhlak islamiyah yang perlu dikembalikan dalam jiwa umat islam. Mahasiswa Islam bukanlah orang yang mudah dipermainkan dan diperbodohkan oleh bisikan syaitan jin atau pun syaitan manusia.

Islam mengajar kita untuk menjaga hak dan maruah. Orang yang membiarkan hak dan maruahnya dicabuli adalah orang yang dayus. Mereka ini dikeji oleh syarak. Sebab itulah IMAN serius membentuk fikrah yang sebenar dalam jiwa mahasiswa Islam. 

IMAN mempunyai wawasan yang panjang dan jauh. Bukan hanya sekadar di kampus sahaja, bahkan kesinambungan perjuangan ini mestilah diteruskan apabila sudah keluar dari kehidupan kampus. Perjuangan ini memerlukan nafas yang panjang, dan masa yang lama, dan pergantungan kita hanyalah pada ALLAH S.W.T.

Agenda pembawakan IMAN adalah bagi mencari redho Allah SWT. Segala aktiviti dan program yang IMAN anjurkan adalah bagi menampakkan wajah Islam yang sebenar. Justeru, kita akan memahami kehendak syarak dengan kita melibatkan diri pada aktiviti-aktiviti persatuan.

Mahasiswa perlu yakin bahawa masa depan Islam terletak pada pemuda- pemuda, yang bakal menjadi pemimpin-pemimpin satu hari nanti. Tegakkan Islam dalam diri kita, dan pasti Islam akan tertegak di tanah air kita.

Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
(Surah Al-Kahfi ayat 13) 

Wallahu A’lam 

Mohd Kaizan Bin Nazlan
Timbalan Presiden
Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN)



Permulaan: Mesej Menuju Zina? Bahaya!

Tuesday, June 26, 2012




kepada sahabat2 semua, jangan ntum terperangkap.

Senyum saya yang pada mulanya, bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua.

Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Jangan kita terpedaya dengan kepuraan mereka. Si munafiq.

ya, memang ia seronok..bercinta, lebih2 lagi dengan orang yang sempurna bagi pandangan kita. Tapi ingatlah wahai sahabat2, adakah cinta ini daripada nasfu, syaitan atau Jin? atau dari ALLAH S.W.T.. dan ALLAH S.W.T tidak memberikan cinta sedemikian rupa.

Israk & Mikraj : Hikmah Pengembaraan Seorang Nabi


Tanggal 27 Rejab setiap tahun kita pasti akan mengulangi penceritaan sebuah kisah agung yang berlaku kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Pada waktu ini masjid-masjid di seluruh negara akan sibuk diisi dengan ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah, forum serta pelbagai jenis pengisian lain yang akan membawa kita memperingati dan mengenang semula peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa ini mendapat pelbagai respon daripada kalangan para sahabat Baginda, sehinggakan ada di kalangan mereka yang ragu-ragu untuk mempercayai perkara tersebut. Namun, bagi Saidina Abu Bakar RA, beliau tidak pernah merasa sangsi dan ragu terhadap setiap perkhabaran yang disampaikan oleh Baginda Nabi SAW, bahkan beliau mempercayai dan membenarkan perkara tersebut walaupun luar daripada jangkauan logik akal manusia.

Semua ini kerana beliau yakin dengan Rasulullah dan qudrat Allah SWT yang tiada bandingan. Kepercayaan dan keyakinan beliau yang cukup tinggi terhadap apa yang disampaikan oleh Nabi ini menyebabkan Nabi menganugerahkan gelaran 'al-Siddiq' kepada beliau.

Pada tahun 10 kenabian ini Baginda Nabi SAW diberi ujian berat oleh Allah SWT apabila dua tonggak utama yang paling banyak membantu urusan dakwah Baginda Nabi iaitu Saidatina Khadijah (isteri Baginda) dan Abu Talib (bapa saudara Baginda) telah diangkat bertemu Allah SWT. Peristiwa ini cukup memberi kesan kepada Baginda Nabi SAW, namun begitu dalam keadaan kehilangan orang yang tersayang ini Allah SWT sekali lagi menguji Baginda Nabi dengan peristiwa Israk dan Mikraj serta kewajipan solat lima waktu kepada ummatnya.

Tiada Istilah Rehat daripada Gerak Kerja Dakwah
Kesedihan yang dihadapi oleh Baginda Nabi ini tidak menjadikannya lemah semangat daripada terus melaksanakan kerja dakwah. Ini dapat dibuktikan apabila Baginda Nabi sanggup ditarbiah dalam peristiwa Israk & Mikraj bertemu Allah SWT. Kalaulah Nabi ini bersikap tidak mampu menerima ujian nescaya Nabi boleh memohon daripada Allah SWT daripada dikenakan dengan pelbagai tanggungjawab lain pada waktu itu.

Hakikat yang berlaku adalah sebaliknya, Nabi tidak pernah memohon daripada Allah untuk rehat, bercuti sambil menenangkan fikiran dan sebagainya bahkan Nabi SAW menerima setiap arahan dan taklifan daripada Allah SWT walaupun pada waktu itu Baginda Nabi cukup sedih.

Segala ujian dilalui dengan tenang tanpa ada sekelumit rasa gelisah dan terpaksa. Misi dakwah diteruskan dalam keadaan bagaimana sekalipun. Inilah pengajaran yang perlu kita fahami bersama hasil daripada sirah Baginda Nabi ini. Sifat sedih, tertekan dan merajuk merupakan sifat fitrah manusia, akan tetapi sifat ini perlu dikawal dengan iman dan akal fikiran yang waras agar tidak menganggu gerak kerja yang lain lebih-lebih lagi gerak kerja dakwah Islam.

Pertemuan Dengan Rakan Sefikrah Menjadi Momentum Kekuatan 
Dalam perjalanan Baginda Nabi bertemu dengan Allah SWT, Baginda telah dipertemukan dengan Nabi-nabi terdahulu bahkan Baginda sempat menjadi imam ketika solat bersama dengan para nabi yang lain. Bahkan Baginda Nabi SAW sempat meminta pandangan serta nasihat daripada Nabi Musa As ketika mana Allah SWT memerintahkan kewajipan bersolat sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Pertemuan dan perjumpaan dengan rakan-rakan serta sahabat yang sealiran fikrah amat penting untuk memastikan kita tidak akan putus semangat dalam melaksanakan gerak kerja. Dalam keadaan kita sedih ataupun tertekan dengan pelbagai ujian yang menimpa maka, kita boleh meminta nasihat daripada kawan-kawan yang lain, akan tetapi lebih baik jika nasihat, dorongan atau kata-kata semangat itu datang daripada mereka yang lebih memahami dan mengetahui hala tuju kita serta memiliki matlamat perjuangan yang sama.

Terapkan Konsep Dosa & Pahala Dalam Gerak Kerja
Sepanjang pengembaraan ataupun perjalanan, Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai gelagat manusia. Ada yang menerima balasan kebaikan dan tidak kurang juga yang menerima ganjaran kejahatan. Semua itu dibalas berdasarkan apa yang telah mereka lakukan di atas dunia. Jika kebaikan yang dilakukan, maka pengakhiran mereka akan diganjari dengan kebaikan. Namun, awas jika kehidupan dipenuhi dengan pelbagai maksiat dan dosa yang dilakukan maka selayaknya bagi mereka itu balasan kejahatan yang akan diterima.

Begitu juga dalam konteks berpersatuan, kita diajar agar sentiasa melihat sesuatu yang kita lakukan itu ada balasannya. sekiranya baik maka balasannya juga baik dan sekiranya jahat maka balasannya juga adalah kejahatan. Perkara ini perlu dijadikan sebagai piawaian terhadap setiap perbuatan dan tanggungjawab yang digalas.

Konsep dosa dan pahala ini akan menjadikan kita lebih berwaspada dan menilai sesuatu perkara itu lebih teliti sebelum melakukannya. Mereka yang tidak memandang konsep dosa dan pahala ini akan melihat sesuatu tugasan serta taklifan yang diberikan itu adalah perkara yang biasa lantas melakukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, bagi mereka yang memahami konsep dosa dan pahala ini dengan baik, mereka akan melihat setiap tugasan dan taklifan yang diamanahkan itu mesti dilaksanakan dengan sehabis baik dan sesempurna mungkin sebagaimana hadis Rasululllah SAW yang bermaksud :

 "sesungguhnya Allah SWT amat menyukai hambanya yang bersungguh-sungguh dalam setiap amalannya"

Kesimpulannya, berdasarkan kepada peristiwa agung Israk & Mikraj ini, bukan sahaja perlu kepada kita untuk mendengar, mengetahui dan mengingati sejarah peristiwa tersebut semata-mata. Bahkan pengajaran yang tersirat disebalik peristiwa tersebut perlu dikaji dan diteladani dalam kehidupan. Apa yang pasti setiap tindakan kita mestilah berdasarkan pedoman daripada Nabi SAW demi memastikan cahaya Islam terus bersinar di atas muka bumi.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Abdul Aziz Bin Ali,
Presiden,
(Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa & Pengerusi HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.

Perjuangan Taghut Yang Menggadai Agama, Perspektif Ilmiah


Pendahuluan

Perkataan “taghut” disebut oleh Allah SWT di dalam al Quran sebanyak 8 tempat, iaitu :

1. Surah al Baqarah : 256
2. Surah al Baqarah : 257
3. Surah an Nisa : 51
4. Surah an Nisa : 60
5. Surah an Nisa : 76
6. Surah al Maidah :60
7. Surah an Nahlu : 36
8. Surah az Zumar : 17

(sumber : rujukan 2, hal. 525)

Secara umumnya, taghut bermaksud “syaitan”, iaitu melampau ke arah kebatilan, kezaliman dan kejahatan, jauh daripada kebenaran, keadilan dan kebaikan.

(sumber : rujukan 1, jilid 3, hal. 158)

Allah SWT berfirman

Maksudnya : Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah (Surah an Nisa : 76)

FirmanNya lagi

Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh (Surah an Nisa : 60)


Sepertimana yang disebutkan, secara umumnya, perjuangan taghut adalah perjuangan yang menegakkan kezaliman, kebatilan dan kejahatan. Perjuangan ini telah didokongi oleh mereka yang kufur dengan agama Allah SWT.


Ciri-ciri Perjuangan Taghut

Berdasarkan ayat 76, Surah an Nisa, Dr Wahbah az Zuhaili berkata bahawa perjuangan menegakkan “taghut” ini ialah perjuangan yang mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Perjuangan yang mempunyai kepentingan

2. Perjuangan yang bertujuan tertentu selain daripada Allah

3. Perjuangan yang bersifat material

4. Perjuangan yang bertujuan memuaskan nafsu dan kemahuan, redha dengan keraguan syaitan

5. Perjuangan meninggikan ketuhanan selain daripada Allah, atau perjuangan menegakkan penyembahan kepada makhluk dan dunia

6. Perjuangan yang membantu dan bekerjasama dengan golongan kuffar

7. Perjuangan yang menggilakan untuk mendapat hasil dan mengaut untung

8. Perjuangan yang didasari dengan tujuan kebanggaan dan kemegahan

9. Perjuangan yang berdiri di atas keyakinan dengan kemampuan diri sendiri tanpa mengharap kuasa Allah

10. Perjuangan yang menyerlahkan kemasyhuran dan populariti

(sumber : ibid, jilid 3, hal. 161)


Si Munafiq Yang Menyokong Taghut

Di dalam Surah an Nisa’ ayat 60, sepertimana yang tertera di atas, terdapat satu peristiwa yang berlaku yang perlu dijadikan iktibar.


Kisah Pertama

Jallas bin Somit, Mu’tib bin Qusyair, Rafi’ bin Zaid dan Bisyr, telah mendakwa bahawa mereka Islam. Lalu ketika mana berlaku persengketaan di kalangan puak mereka, beberapa pemuda ingin membawa kes tersebut kepada Rasulullah SAW. Tetapi mereka (4 orang tersebut) menyuruh supaya kes ini di bawa kepada pemerintah-pemerintah Jahiliyyah.

Maka, Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu...

(Riwayat Ibnu Abi Hatim, daripada Ibnu Abbas RA, sila lihat : ibid, jilid 3, hal. 137)


Kisah Kedua

Pernah terjadi pertelingkahan di antara seorang berbangsa Yahudi, dan seorang munafiq. Lalu, si Yahudi tersebut berkata : Aku akan mengadili kamu kepada Nabi Muhammad SAW. Ini kerana dia tahu bahawa Nabi Muhammad SAW tidak akan menerima rasuah dalam menjatuhkan hukuman. Tetapi, si munafiq tadi tidak bersetuju, lalu mereka berpakat untuk bertemu paderi, hasil cadangan si munafiq tersebut.

Maka Allah SWT berfirman

Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu..

(Riwayat Ibnu Jarir, daripada Sya’bi, sila lihat : ibid)


Kisah Ketiga

Satu ketika, terjadi pertelingkahan di antara seorang Yahudi dan seorang munafiq. Lalu si Yahudi tersebut mencadangkan supaya kes ini di bawa kepada Nabi SAW. Tetapi si munafiq tadi menolak, lalu mencadangkan supaya kes ini di bawa kepada Kaab bin al Asyraf (Allah menggelarnya sebagai taghut).

Tetapi si Yahudi tadi masih lagi bertegas ingin membawa kes ini kepada Nabi SAW, lalu dia pergi berseorang diri. Melihat perkara demikian, si munafiq tadi terpaksa akur dan mereka pergi, sehinggalah bertemu dengan Rasulullah SAW dan meminta supaya kes mereka diadili oleh Baginda SAW sendiri.

Setelah dibicarakan, kes tersebut dimenangi oleh si Yahudi tadi. Lalu si munafiq tadi membawa si Yahudi tadi bertemu dengan Saidina Umar al Khattab pula, kerana tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Baginda SAW.

Orang Yahudi tersebut berkata kepada Saidina Umar :

Kami telah bertelingkah, lalu kami telah mengadili kes ini kepada Rasulullah SAW, tetapi dia (si munafiq) ini tidak setuju dengan apa yang Rasulullah SAW putuskan. Jadi, disebabkan inilah kami datang bertemu kamu.

Saidina Umar RA bertanya kepada si munafiq tadi : Benarkah apa yang dia katakan? Si munafiq tadi berkata : Ya.

Lalu Saidina Umar berkata : Kamu berdua tunggu sebentar, sehingga aku datang.

Saidina Umar masuk ke dalam, dan membawa keluar pedangnya, lantas memancung si munafiq tadi.

Saidina Umar berkata : Inilah akibatnya mereka yang tidak enggan berpuas hati dengan ketentuan Allah, dan apa yang telah Rasulullah putuskan. Lalu si Yahudi tadi lari daripada situ. Maka, Allah SWT berfirman

Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu..

(Riwayat al Kalbi, daripada Ibnu Abbas RA, sumber : ibid, hal. 138)


Pengajaran dan Kesimpulan

Si munafiq yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya, akan terdedah ke”munafiq”kannya apabila mereka disuruh untuk mentaati Allah dan Rasul. Atau dengan kata lain, sifat munafiq seseorang akan terserlah apabila mereka disuruh untuk melaksanakan undang-undang Allah.

Dari segi luaran, mereka mendirikan solat, membayar zakat dan berwatak sebagai seorang muslim. Tetapi apabila disuruh untuk melaksanakan undang-undang Allah, mematuhi syariat dan sebagainya, mereka mula berdalih untuk tidak melakukannya.

Mereka inilah yang dikatakan berhakimkan dengan taghut sepertimana yang disebut di dalam Surah an Nisa ayat 60 ini. Sedangkan mereka telah disuruh untuk beriman kepada Allah, dan menolak sebarang bentuk taghut.

Juga telah disebutkan, perjuangan taghut inilah yang memperjuangkan kebatilan, kejahatan dan kezaliman, sedangkan mereka telah diperintahkan untuk menolak bentuk taghut ini. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah an Nahlu : 36)


Rujukan

1. Az Zuhaili, at Tafsir al Munir, Dr Wahbah Zuhaili, cet. 9, Maktabah Darul Fikr, tahun 2007

2. Al Mu’jam al Mufahras Li Alfazil Quran, Muhammad Fuad Abd Baqi, cet Darul Hadis, tahun 2001.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fellow MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

7 Habits of Al Fateh [Video Promo]


Tahniah Dr Morsi


Tahniah buat Dr Mohamad Morsi, politik merupakan medan dakwah buat pejuang-pejuang agama ALLAH untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Politik itu sendiri adalah suci di sisi Islam.

Annual General Meeting (AGM) - IMAN


Annual General Meeting (AGM) - IMAN
Ikatan Mahasiswa Dinamis

Jadual Peperiksaan Akhir Jun 2012 (Degree)


-Klik-

Ceramah Isra' Mikraj UiTM Kedah

Sinaran Gemerlapan
"Semangat Isra' Mikraj Dalam Membina Jati Diri Muslim"
Tarikh : 27 Jun 2012
Masa : 7.30 malam - 10.30 malam
SEMUA PELAJAR SEMESTER 1 DIWAJIBKAN HADIR.

Klik Gambar untuk Lebih Jelas

Seminar Fiqah Wanita

Klik Gambar Untuk Lebih Jelas
Program : Seminar Fiqah Wanita.
Tarikh : 5 Julai 2012
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari

Berminat Sila Hubungi : Zuriah Hj Saad (019-5572 375)
TEMPAT ADALAH TERHAD!

Popular Posts

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.