Assalamualaikum...
Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati, Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.
"Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."
(Surah al Luqman ayat 17
Sahabat-sahabat sekalian, di sini ALLAH menyuruh kita untuk laksanakan solat dan berdakwah, ia ini amar makru nahi mungkar(menyeru kepada yang baik dan mencegah daripada yang mungkar) dan sabar lah dengan apa yang akan kita tempuhi dalam kehidupan kita dalam konteks kita sebagai seorang mahasiswa Islam.
Pertama sekali dalam ayat tersebut, ALLAH suruh kita untuk solat. ALLAH menyuruh umat Islam supaya dirikan solat kerana solat inilah yang akan membersihkan jiwa manusia. Ini akan berlaku apabila seorang hamba ALLAH itu mendekatkan diri nya pada ALLAH yang Maha Esa. Solat ini juga akan memperbaiki diri kita dan solat yang khusyuk yang dititikberatkan atau yang paling utama. Ertinya disini dalam kita menjadikan diri kita seorang Mahasiswa yang cemerlang, maka solat lah.
Dalam konteks kita sebagai seorang mahasiswa, di samping peranan kita sebagai seorang pelajar, seorang ahli intelek, kita juga wajib menjadi seorang dai'(pendakwah).
Kita sudahpun berIkrar menjadi seorang pendakwah sebaik saja kita mengucap 2 kali syahadah. Ertinya, kita beriman dengan semua yang terkandung dalam al Quran dan as Sunnah. ALLAH ada menyebut di dalam al Quran supaya menyeru kepada ALLAH, dan mencegah daripada kemungkaran.Peranan ini dijelaskan di dalam al Quran, sepertimana firman ALLAH dan Hadis nabi.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3)
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. (Surah Al-Maaidah, Ayat: 67).
"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi". (Hadis riwayat Tirmizi).
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf(yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
“ Agama adalah nasihat.” Ibnu Aus dan para sahabat bertanya, “ Bagi siapa ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW, “ Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, bagi para pemimpin muslimin serta rakyat mereka.” (H.R Muslim).
"Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat." (HR. Bukhari dalam Kitab Shahihnya)
Jelas sekali bahawa setiap dari kita ada peranan sebagai seorang dai' (pendakwah). Hukum berdakwah adalah wajib dan kewajipan ini tertaklif pada setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Sesungguhnya kewajipan menyampaikan dakwah Islamiah merupakan satu tuntutan secara syar’ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak mengira tua atau muda, lelaku mahupun perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau rakyat jelata secara khususiah atau umum. Begitu juga dalam konteks kita sebagai seorang pekerja, seorang ayah dan sebagainya..peranan sebagai seorang dai' tidak boleh diabaikan..
Sesungguhnya, sangat penting bagi kita untuk berdakwah, kerana ia adalah satu kewajipan bagi kita sebagai umat Islam.
Kemudian ALLAH menyuruh kita untuk sabar. sabarlah dengan ujian ujian kehidupan sebagai seorang mahasiswa, seorang pendakwah, sabar dengan assigment, test, exam, wanita yang cuba menggoda, lelaki yang cuba memikat, kawan-kawan, kesibukan, orang yang mengutuk, orang yang memandang rendah dan lain-lain.
kesimpulannya, mahasiswa perlu solat, berdakwah dan sabar. Jika semua perkara di atas dapat kita semaikan dalam diri kita, menjadikan ia sebagai darah daging kita. Insyaallah, kita semua akan menjadi hamba ALLAH yang beruntung, seperti dalam firman ALLAH;
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
(Surah al Shaff ayat 10-11)
Wallahu A’lam
Mohd Kaizan Bin Nazlan
Timbalan Presiden
Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN)
0 comments:
Post a Comment