News Update :

Mahasiswa Islam

Thursday, June 28, 2012


Assalamualaikum...

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati, Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul. 

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Berikut merupakan ucapan Saidina Abu Bakar al-Siddiq ketika menjadi khalifah yang kedua. Seperti mana tujuan ucapan itu disampaikan, seperti itu juga ucapan ini disampaikan.

IMAN merupakan sebuah persatuan mahasiswa yang menjalankan aktiviti dan program Islamik berdasarkan garis panduan syarak. Di mana fokus gerak kerjanya adalah di UiTM Merbok yang indah ini.

Sahabat-sahabat sekalian, ahli-ahli IMAN di peringkat diploma dan degree, mahupun di semester pertama hingga ke semester akhir sudah pun mencapai ribuah ahli. Sehubungan itu, seluruh ahli IMAN sama ada di peringkat diploma atau degree, sama ada sibuk atau tidak, wajib menabur bakti dalam usaha menjadikan UiTM Kedah sebagai sebuah Universiti yang unggul dimana nilai nilai Islam diterapkan dalam diri setiap mahasiswa Islam. itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan mahasiswa Islam. pengorbanan mewujudkan biah solehah(suasana Islam).

Fikrah yang jelas bakal membentuk jatidiri dan integriti sebagai seorang mahasiswa Islam. Sebab itulah antara fokus pembawakan IMAN ialah kearah pemantapan sahsiah. Sahsiah ini, boleh kita takrifkan sebagai akhlak mulia yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa Islam.

Sikap menjaga hak dan maruah sebagai seorang mahasiswa Islam merupakan identiti akhlak islamiyah yang perlu dikembalikan dalam jiwa umat islam. Mahasiswa Islam bukanlah orang yang mudah dipermainkan dan diperbodohkan oleh bisikan syaitan jin atau pun syaitan manusia.

Islam mengajar kita untuk menjaga hak dan maruah. Orang yang membiarkan hak dan maruahnya dicabuli adalah orang yang dayus. Mereka ini dikeji oleh syarak. Sebab itulah IMAN serius membentuk fikrah yang sebenar dalam jiwa mahasiswa Islam. 

IMAN mempunyai wawasan yang panjang dan jauh. Bukan hanya sekadar di kampus sahaja, bahkan kesinambungan perjuangan ini mestilah diteruskan apabila sudah keluar dari kehidupan kampus. Perjuangan ini memerlukan nafas yang panjang, dan masa yang lama, dan pergantungan kita hanyalah pada ALLAH S.W.T.

Agenda pembawakan IMAN adalah bagi mencari redho Allah SWT. Segala aktiviti dan program yang IMAN anjurkan adalah bagi menampakkan wajah Islam yang sebenar. Justeru, kita akan memahami kehendak syarak dengan kita melibatkan diri pada aktiviti-aktiviti persatuan.

Mahasiswa perlu yakin bahawa masa depan Islam terletak pada pemuda- pemuda, yang bakal menjadi pemimpin-pemimpin satu hari nanti. Tegakkan Islam dalam diri kita, dan pasti Islam akan tertegak di tanah air kita.

Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
(Surah Al-Kahfi ayat 13) 

Wallahu A’lam 

Mohd Kaizan Bin Nazlan
Timbalan Presiden
Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN)



Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.