News Update :

Berita Kampus

Aktiviti

Tazkirah

Artikel

Video

PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KEARAH PENJAJAHAN FIKIRAN (Bab 4)

Wednesday, July 25, 2012


Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.

Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negaranegara Islam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit.


Negara yang tidak dijajah secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa negara-negara Islam yang dijajah penuh..

Mereka merasa serba kekurangan dan lebih gerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampas sepenuhnya. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

Abul A’la Al-Maududi

MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA (Bab 3)


Oleh kerana itu tidaklah salah kalau saya katakan:
 Bahawa masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak di atas bahu negara-negara Islam itu sendiri. Kawasan negerinya luas, dari Indonesia dan Malaysia di sebelah timur hinggalah ke Morokko dan Nigeria di sebelah barat. Ini adalah berdasarkan fikiran yang logik dan sebab-sebab yang boleh dilihat.


Ada pun jika di sana jika berlaku perkara yang menyalahi adat, yang luar dari batasan kekuasaan kita maka itu bukanlah perkara yang mustahil, kerana Allah berkuasa memancarkan air dari batu yang keras, berkuasa menukar padang pasir yang kering tandus menjadi kebun-kebun yang indah, segar bugar, suka mata memandang.

Maha Suci Allah Tuhan memiliki segala sesuatu dan Dia Maha berkuasa atas segalanya2. Mengikut apa yang kita bayangkan tadi bila membicarakan tentang masa depan umat Islam, kita katakan: bahawa masa depan mereka bergantung dengan masa depan Negara ummat Islam sendiri, samada baik atau buruknya.

Sekarang kita ingin kemukakan:
- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?

- apakah sebab dan faktornya ?

- dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja
keras untuk membela nasib umat Islam ?

Abul A’la Al-Maududi

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA- ABUL A’LA AL-MAUDUDI (Bab 2)


Saudara-saudara yang mulia !!

Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:

Jenis pertama :
Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).

Jenis kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.

Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.


Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah
sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.

Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek pula.

Abul A’la Al-Maududi

REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM ! - ABUL A'LA AL- MAUDUDI (Bab 1)

Saudara-saudara yang mulia!!!

Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaan puashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk saya menyampaikan ucapan yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yang terdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alam untuk mengunjungi negara yang aman makmur  ini. Mereka datang kerana menyebutkan Nama Allah di hari-hari yang tertentu (musim haji) dan kerana menyampaikan perkara yang memberi manfaat pada mereka. Atau dengan kata lain kerana menghadiri perhimpunan agong sebagai persidangan tahunan Islam.

Tujuan ucapan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh keadaan dunia Islam sekarang.

Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yang
tersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudara semua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu tentang perkara-perkara yang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya. Mereka yang hadir ini hendaklah memberitahu kepada yang tidak hadir, kerana kemungkinan di masa akan datang sukar bagi saya untuk mendapat peluang yang baik seperti pada hari ini dan ditempat yang mulia ini.

Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untukmendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.


Abul A'La Al- Maududi

Kerosakan Generasi Kini - Sayyid Qutub


Gambaran keadaan generasi pada hari ini pernah dijelaskan oleh Sayyid Qutub yang menerangkan bahawasanya; 

“Akal yang sedar tidak akan mencontohi perkara-perkara sepertimana dicontohi oleh manusia-manusia pada hari ini. Mereka ditimpa bencana akibat sifat mereka yang membuta tuli dari sudut perundangan, pegangan hidup, adat, dan sebagainya.

Selain itu, pakaian yang beridentitikan Islam ditanggal dan digantikan pula dengan pakaian golongan yang tidak bertamadun, merasa kejang dalam usaha gerakan Islam, terjerit pekik seperti orang yang kesakitan, bergelak ketawa seperti orang kurang siuman, berakhlak mazmumah umpama orang yang hilang panduan, dan bercerita mengenai perkara-perkara yang tidak boleh diambil pengajaran.

Di samping itu, peruntukan-peruntukan baru diwujudkan dengan tanpa barlandaskan garis panduan serta batasan yang disyaratkan oleh syarak. Jenayah pula dianggap hak dan begitulah sebaliknya.”


Mata bertentang mata, lalu hati mula berkata, cantik jugak si dia

Tuesday, July 24, 2012


Dr Jamnul Azhar Mulkan : Pengalaman Cinta Seorang Ustaz





Sistem Perindustrian Makanan Sekarang BAHAYA (Video Inside)

Monday, July 23, 2012



Siri Video ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar.

Perangkap-perangkap Zaman Ini (Video Inside)



Siri Video ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar.

MAHASISWA ISLAM OBOR PERJUANGAN


 Tanggungjawab Mahasiswa Islam Dalam Usia Sematang Ini :
1- Mahasiswa Islam perlu mempersiapkan diri dari sekarang untuk keluar ke tengah medan bagi membantu menegakkan Islam di bumi Allah ini. Sesungguhnya Mahasiswa Islam Adalah Obor Perjuangan.

2. Mahasiswa Islam mempunyai peranan yang begitu besar dalam usaha untuk membantu perjuangan Islam. Peranan ini dapat dilihat berdasarkan peranan sahabat dalam menegakkan negara Islam.

3. Mahasiswa Islam perlu mempunyai sifat tegas dan berani didalam diri. Sifat berani ini wujud di atas keyakinan bahawa perjuangan yang ditempuhi adalah bermatlamat mencari keredaan Allah dan melihat perlaksanaan syariat Islam dinegara ini. Ujian, mehnah dan tribulasi merupakan asam garam yang mesti dihadapi oleh setiap yang bergelar pejuang.

4. Kita wajib berusaha untuk menyatakan suara kita kepada masyarakat agar masyarakat peka dengan kewujudan sistem Alternatif, ia ini system hidup Islam, yang mampu menggantikan system konvensional. Dengan ini, ia mampu membebaskan masyarakat dari belenggu kuasa kebatilan.

5. Mahasiswa Islam mesti mempersiapkan diri dengan tarbiyah dengan bimbingan ilmu, bagi menjadikan setiap dari mahasiswa Islam itu pemimpin. Pemimpin yang berilmu, bertakwa, beriman, berkemahiran dan berpengalaman bagi menguruskan pentadbiran negeri atau negara. Mahasiswa Islam perlu sedar bahawa, masa hadapan Negara terletak pada mahasiswa-mahasiswa Islam hari ini.

7. Mahasiswa Islam sebagai obor perjuangan telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama dimedan juang Islam , berjihad menentang musuh Allah, menuntut ilmu, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan seterusnya mempertahankan syakhsiah ummah tersebut.

8. Mahasiswa Islam perlu sedar akan permasalahan yang dihadapi :

a. Krisis sosial yang berlaku dikalangan remaja , pencorak masa depan ummah amat membimbangkan kita. Keruntuhan Akhlak dan remaja dikalangan remaja adalah disebabkan anak muda terlalu didedahkan kepada dunia yang mencintai hiburan dan keseronokan , tetapi amat kurang memberi penekanan terhadap pemantapan akidah dan keimanan.

b. Pemimpin yang ada sekarang lebih berminat kepada projek-projek mewah dan pembangunan, tetapi tidak berminat untuk memulihkan kerendahan moral dan akidah termasuk membenteras gejala zina dan murtad yang semakin serius berlaku di negara kita. Sementara remaja kita sekarang banyak menjadikan artis-artis sebagai model ikutan mereka.

c. Majalah-majalah hiburan banyak memaparkan gambar-gambar separuh bogel dan sungguh mengaibkan. Eksploitasi wanita kian meningkat dan banyak aktiviti remaja yang menjurus kepada aktiviti yang tidak sihat termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

9. Oleh Itu Mahasiswa Islam :

Sudah tiba masanya untuk kita bekerja keras bagi menjatuhkan kebatilan yang ada sekarang agar generasi umat Islam masa depan dapat diselamatkan, agar generasi Al Quran dapat dibentuk untuk menerajui negara pada masa akan datang.

Harapan diutarakan agar Mahasiswa Islam keseluruhannya agar tidak mengabaikan aspek pentarbiyahan diri seperti USRAH , hadiri majlis ilmu, qiammullail dan apa-apa  bentuk pentarbiyah lain. Ianya perlu dilaksanakan demi melahirkan mahasiswa Islam yang mempunyai daya juang yang tinggi.

Cabaran arus politik dan permasalahan semasa amat memerlukan pembentukan peribadi mahasiswa Islam yang faham terhadap Islam dan tuntutannya. Ianya hendaklah dilaksanakan melalui program peningkatan ilmu dan kesedaran yang mendalam terhadap agama Islam itu sendiri secara menyeluruh .

Syakhsiah mahasiswa Islam hendaklah menjaga keterampilan diri hinggalah kepada kemampuan memimpin dan menggerakkan ummah dibawah panji-panji Islam.

Mahasiswa Islam hendaklah bersikap terbuka , tiada rasa rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar, hinggakan wujud rasa tidak mampu melakukan perubahan kea rah yang lebih baik.

Meskipun sibuk dengan kelas, assignment dan kerja-kerja persatuan, mahasiswa Islam tidak seharusnya mengabaikan tugasan dakwah kampus dan masyarakat sekeliling. Sesungguhnya mahasiswa Islam sebagai watak yang paling utama dan agung ialah mendidik generasi baru ke arah melahirkan generasi al Quran.



Popular Posts

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.