News Update :

Berita Kampus

Aktiviti

Tazkirah

Artikel

Video

Petua Murah Rezeki

Sunday, October 28, 2012


Baca ayat dari surah ini, 3 kali selepas selesai solat fardhu.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "

(Surah At Talaq ayat 2- 3)


INFO TAMBAHAN!!

amalkan solat sunat dhuha, setiap hari..jika baru nak start, buatlah semampu kawan2..selepas selesai solat sunat dhuha..baca doa di bawah..


Selamat diamalkan kawan2.. (^_^)

Salam...

Soal Jawab IMAM AL GHAZALI dengan Muridnya


TEKS INI HANYA DIAMBIL PETIKAN SOALAN DAN JAWAPAN DARIPADA IMAM AL-GHAZALI. IA ADALAH TEKA TEKI DI ANTARA IMAM AL-GHAZALI DGN ANAK MURIDNYA.

S = APAKAH YANG PALING DEKAT DENGAN DIRI KITA DI DUNIA INI?
J = MATI. SEBAB ITU JANJI ALLAH BAHAWA SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI ( SURAH ALI-IMRAN : 185)

S = APA YANG PALING JAUH DARI KITA DI DUNIA INI?
J = MASA LALU. BAGAIMANAPUN KITA, APAPUN KENDERAAN KITA, TETAP KITA TIDAK AKAN DAPAT KEMBALI KE MASA YANG LALU. OLEH SEBAB ITU, KITA HARUS MENJAGA HARI INI, HARI ESOK DAN HARI-HARI YANG AKAN DATANG DENGAN PERBUATAN YANG SESUAI DENGAN AJARAN AGAMA

S = APA YANG PALING BESAR DI DUNIA INI?
J = HAWA NAFSU. MAKA KITA HARUS HATI-HATI DENGAN NAFSU KITA, JANGAN SAMPAI NAFSU KITA MEMBAWA KE NERAKA.

S = APA YANG PALING RINGAN DI DUNIA INI?
J = MENINGGALKAN SOLAT. GARA-GARA PEKERJAAN DAN URUSAN DUNIA, KITA TINGGALKAN SOLAT

S = APA YANG PALING BERAT DI DUNIA?
J = MEMEGANG AMANAH. TUMBUH-TUMBUHAN, BINATANG, GUNUNG DAN MALAIKAT SEMUA TIDAK MAMPU KETIKA ALLAH SWT MEMINTA MEREKA MENJADI KHALIFAH PEMIMPIN DI DUNIA INI. TETAPI MANUSIA DENGAN SOMBONGNYA BEREBUT-REBUT MENYAGGUPI PERMINTAAN ALLAH SWT SEHINGGA BANYAK MANUSIA MASUK KE NERAKA KERANA GAGAL MEMEGANG AMANAH.

S = APA YANG PALING TAJAM SEKALI DI DUNIA INI?
J = LIDAH MANUSIA. KERANA MELALUI LIDAH, MANUSIA DENGAN MUDAHNYA MENYAKITI HATI DAN MELUKAI PERASAAN SAUDARANYA SENDIRI.




P/S: IMAM AL GHAZALI merupakan seorang insan yang hebat, sangat sangat hebat dengan ilmunya, sikap wara' nya, tabahnya dan lain-lain. wajar bagi kita mengambil berat dengan pandangan-pandangan, kata-kata, pesanan- pesanan daripada orang-orang alim Ulama, lagi lagilah orang yang masyur, yang nama mereka disebut satu dunia. Ingin menjadi orang yang hebat, ikutlah pesanan orang yang hebat..

CD Self Help Kit: Pembangunan Akademik

Saturday, October 27, 2012



Koleksi file, Video, Tazkirah, Applikasi khas untuk pembangunan pelajar Universiti dan Organisasi

hanya dengan

RM 20.00 sahaja 

Terbitan 
"Persatuan Ikatan Mahasiswa Dinamis"

Untuk sebarang pembelian dan pertanyaan, sila hubungi nombor berikut;
019 4501495 Kaizan atau Email ke "kaizanqd@hotmail.com"


Tambahan RM5.00 untuk kos penghantaran Pos Laju

Untuk sebarang pembelian mohon e-melkan nama, no telefon dan alamat 

Nama Bank: Bank Islam
No Akaun : 02020020530275
Nama Pemilik: Mohd Kaizan Bin Nazlan

Untuk menghantar pengesahan bukti pembayaran, sila emelkan maklumat berikut:
Nama Pembayar :
Masa Pembayaran :
Tarikh Pembayaran :
Jumlah Bayaran :
E-mel :



al farabi band - Apa Sebenarnya?

Sunday, October 21, 2012


Sebuah lagu ketuhanan, dengan konsep baru..


Sebenarnya.... Yang sebenarnya apa yang kau perjuangkan??

"Ya ALLAH jadikan perjuanganku Hanyalah untukmu bukanlah untukku.."


SALAH BANGSA ATAU AGAMA?

Tuesday, October 16, 2012



Dimulai dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salah bangsa Atau salah Agama?

(pembaca boleh bayangkan apa dah terjadi di negara kita, apa yang terjadi pada dunia kita. Gejala sosial, dadah, penzinaan, kes rogol, kes culik, membunuh, bomoh, merempit, rasuah, peperangan, kekejaman Israel  dan sekutu, penyelewengan agama oleh SYiah dan ajaran2 lain. Semuanya menunjukkan tanda kiamat dan ke neraka. Ilmu yang cetek tak mampu memahami keadaan sekarang. Rohani dan tarbiyah yang lemah tidak mampu megubah keadaan sekarang)




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang arif lagi bijaksana, moga dirahmati ALLAH S.W.T pada setiap hari, setiap masa. Moga pada hari ini, anda berada dalam keadaan yang cukup hebat bagus berkali kali. Cerialah selalu, kerana pada masa ini, anda masih lagi berada di bumi ini. Syukurlah pada llahi. Inshaalah, dalam article ini, kita akan membincangkan tentang masalah isu semasa, yang lebih menjerumus pada masalah orang muda pada masa kini. 

Dapat kita lihat, masalah remaja sudah tidak dapat dikawal, terlalu banyak masalah yang sering timbul berkaitan dengan remaja. Contoh masalah yang melibatkan mereka adalah seperti, perzinaan, pencurian, pembuangan bayi dan masalah dadah. Hadirin sekalian, masalah yang dipaparkan di kaca television dan surat khabar sudah melibatkan beribu ribu kes, bagaimana pula dengan kes-kes yang tidak dipaparkan di media masa yang berkaitan dengan masalah remaja. Tentunya lebih banyak berganda ganda. 

Amat sedih sekali, apabila report menunujukkan bahawa 80% daripada kes-kes masalah remaja itu adalah berpunca dari orang melayu. Melayu yang dikatakan sudah sinonim dangn ajaran Islam. Adakah Islam yang membawa mereka ke jalan begitu? Sesama sekali tidak. Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk melakukan perkara-perkara jahat, walaupun kesalahan sekecil zarah. Islam adalah agama yang cukup indah. Kita dapat lihat, bangsa arab yang dulu kejam, jahil dan ganas itu bertukar menjadi bangsa yang kuat, harmoni dan hebat di mata dunia setelah mereka menerima Islam “as a way of life”. Tengok sahaja zaman kegemilangan Rasulullah, kurafah ar Rasyidin, kerajaan bani Abbasiah, kerajaan bani Umaiyah dan kerajaan Uthmaniah. 

Melayu yang dulu mundur dari segi ekonomi, politik dan social bertukar menjadi bangsa yang kuat dan hebat dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya, seperti zaman kesultanan melayu Melaka. Ini kerana, masyarakat melayu ketika itu, telah mengambil Islam sebagai cara hidup. Islam adalah agama ALLAH S.W.T, tuhan yang Maha Esa. Tuhan yang telah menciptakan kita. Masihkah kita ragu dengan ajaran yang dibawa oleh ALLAH S.W.T?. 

Kita perlu sedar bahawa, kita perlukan ALLAH S.W.T tetapi ALLAH S.W.T tidak memerlukan kita, ini adalah kerana kita ini hanyalah HAMBA kepada ALLAH S.W.T. Islam telah dianugerahkan kepada kita, jika kita masih berdegil tidak mahu mengikuti Islam, maka Islam akan ditarik balik. Ini kerana ALLAH tidak memerlukan kita untuk memperjuangkan Islam dan kita memerlukan Islam untuk memperjuangkan nasib kita diakhirat kelak. 

“Islam itu datang secara asing, dan ia akan kembali asing, maka siapa mengambil yang asing itu, dia adalah orang yang beruntung” 

Adakah kita fikir bahawa kita ini hebat? Hebat sangatkah Phd, Master degree, hebat sangatkah bangunan tinggi-tinggi, hebat sangatkah kereta Honda civic, hebat sangatkah beg Gucci, cantik sangatkah pakaian mahal jika tanpa ada unsur Islam? Jika kamu fikir itu hebat, maksudnya kamu bukan orang yang hebat, jika hati masih kotor dan kehidupan masih lagi terikat dengan riba. Kamu hanya hebat di mata manusia yang merupakan seorang hamba yang telah dijadikan daripada telur dan air mani yang hina. ALLAH S.W.T adalah yang paling hebat, dan jika kita mengambil agama ALLAH S.W.T sebagai cara hidup kita, barulah kita dikatakan hebat dari pandangan ALLAH S.W.T. Phd, master degree akan dipandang hebat jika seiring dengan Islam, kereta Honda civic akan hebat jika seiring dengan Islam, dan apa-apa sahaja yang membawa Islam, ia akan menjadi hebat. 

Kesimpulannya, jika kita hendak menjadi manusia dan bangsa yang hebat, kita hendaklah membawa Islam kemana mana sahaja kita berada. Inshaallah, kita akan dipandang hebat di mata manusia dan di pandang ALLAH S.W.T. ingatlah sahabat-sahabatku khususnya yang berbangsa melayu, bangunlah dari tidur mu. kita sudah ketinggalan. sudah tiba masanya kita bangkit dan berjuang. 

Bunga raya melambangkan bangsa.. 
Bangsa melayu yang gagah perkasa.. 
Ayuh lah Bangsa.. 
Ayuh lah Melayu.. 
Kita berjuang demi Agama.. 

Cepatlah bunga raya.. 
Bunga jati anak bangsa.. 
Cepatlah mekar.. 
Kita kesuntukan masa.. 
Perjuangan kita belum selesai.. 

Bendera berkibar bertahun lamanya.. 
Bagi melambangkan kemerdekaan negara.. 
Sayangnya ia hanyalah nama.. 
Kerana negara kurang Melayu beribawa.. 
Dimanakah laksamana melayu yang gagah perkasa?.. 

Janganlah layu bunga raya.. 
Engkau adalah harapan negara.. 
Engkau adalah pejuang Agama.. 
Perjuangan kita belum selesai.. 
Bangkitlah..bangkitlah 
Kita pasti berjaya.. 

Bukanlah saya menulis ini, untuk mengatakan saya hebat, tidak sesama sekali. Saya hanyalah manusia yang inginkan perubahan yang lebih baik, ini hanyalah untuk mengingatkan andai kata kita terlupa. Jika ada yang tersilap, mohan dimaafkan dan diperbetulkan. 

Mohd Kaizan Bin Nazlan
President IMAN Degree

PERINGATAN BUAT YANG LUPA-IKHLAS


Pernah tak kita terfikir, apakah dasar kita melakukan amalan kita, adakah atas dasar menunjuk, pujian atau kerana ALLAH.Mari kita bincangkan.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
Yang sangat saya kuatirkan atas kamu ialah syirik yang kecil. Sahabat bertanya: Ya Rasullullah apakah syirik yang kecil itu? Jawabnya: Riyaa’. Pada hari pembalasan kelak ALLAH berkata pada mereka: Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah di sana kalau-kalau kamu mendapatkan kabaikan dari mereka.
Riyaa’a ialah beramal untuk dilihat orang, mengharapkan pujian apabila dilihat orang.

ALLAH telah berfirman:
 Akulah yang terkaya dari semua sekutu, aku tidak berhajad kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainku, maka aku lepas bebas dari amalan itu.
Maksudnya, ALLAH tidak menerima amalan kecuali yang ikhlas. Maka, jika tidak ikhlas, maka amalan nya tidak diterima dan tiada pahala bagi amalan itu.

Seorang yang beramal dengan riyaa’ itu bagaikan seorang yang keluar ke pasar dan mengisi kantongnya wangnya dengan batu, sehingga orang-orang yang melihat kantongnya semuanya merasa kagum dan berkata: alangkah penuhnya kantong wang orang itu, tetapi sama sekali tidak berguna baginya sebab tidak dapat dibelikan apa-apa hanya semata-mata pujian orang-orang. Demikian juga dengan amalan riyaa, perbuatannya itu tiada pahala di akhirat

“maka siapa yang benar-benar mengharap akan bertemu Tuhannya, maka hendaknya berbuat amalan yang baik, dan jangan mempersekutukan ALLAH dalam semua ibadahnya dengan sesiapapun”
(surah Al Khafi, ayat 111)

Kita akan mendapat pahala jika amalan baik kita ditiru oleh orang lain dan kita akan mendapat dosa jika amalan buruk kita ditiru oleh orang lain.

Sebagaimana Nabi s.a.w bersabda:
Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat, dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.

Dengan ini kita dapat lihat bahawa amalan yang sedikit dengan keikhlasan lebih baik daripada amalan besar tetapi tidak ikhlas. Amalan yang diterima oleh ALLAH akan dilipat gandakan, dan amalan yang tak diterima ALLAH tidak akan mendapat apa-apa, bahkan tempatnya adalah didalam neraka.
Rasulullah telah bersabda:

Apabila hari kiamat maka ALLAH akan menghukum di antara semua makhluk dan semua umat terkutuk lutut, dan pertama yang dipanggil ialah orang yang mengerti Al Quran, dan orang yang mati fisabillilah dan orang kaya. Maka ALLAH menanya kepada orang yang pandai Al Quran: Tidakkah aku telah mengajarkan kepada mu apa yang aku turunkan kepada utusanKu? Jawab orang itu: benar ya Tuhanku. Lalu kau berbuat apa terhadap apa yang telah engkau ketahui itu? Jawabnya: saya telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang. Firman ALLAH: Dusta kau, malaikat juga berkata : dusta kau, sebaliknya kau hanya ingin disebut qari ahli dalam Quran, dan sudah disebut demikian itu. Lalu dipanggil orang yang kaya dan ditanya: Engkau telah berbuat apa terhadap harta yang Aku beri kepadamu? Jawabnya: saya telah gunakan untuk membantu family kerabat, dan bersedekah. Dijawab oleh ALLAH: dusta kau, juga para malaikat berkata: dusta engkau, kau berbuat itu hanya ingin disebut dermawan dan sudah terkenal demikian. Lalu dihadapkan orang yang mati berjihad fisabilillah ditanya: kenapa kau terbunuh? Jawabnya: saya telah berperang untuk menegakkan agamaMu sehingga terbunuh. ALLAH berfirman: dusta engkau, dan malaikat juga berkata dusta engkau sedemikian.

“siapa yang niat dengan amalannya hanya semata mata keduniaan dan keindahannya maka kami kan memeberi kepada mereka semua amalannya dan mereka didunia tidak akan dikurangkan(dirugikan). Mereka itulah yang tidak mendapat di akhirat kecuali api neraka, dan gugur semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka itu”
(surah Hud, ayat 15-16).

Sebab tidak ikhlas kepada ALLAH, maka semua amalan itu sia-sia.
Untuk keselamatan suatu amal, kita kena berhajat pada empat macam: yang pertama ilmu pengetahuan, sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salahnya.kedua Niat, sebab tiap amal bergantung pada niat. ketiga Sabar, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan baik dan sempurna. Keempat Tulus ikhlas, sebab amal tanpa ikhlas, tidak diterima.

Mari saya ceritakan kisah dua orang pekerja buruh.
Pada suatu hari ada 2 orang pekerja buruh mahir satu nama Shin satu lagi namanya Chan. Mereka telah diberikan kontrak daripada seorang Dato, Setiap dari mereka harus membina sebuah rumah untuk anak-anak yatim. Hasil rumah yang paling cantik akan dibeli oleh Dato tersebut . Shin dan Chan pun buatlah rumah, dan dalam masa 1 bulan rumah tersebut sudah siap. Hasil buatan Shin cantik dan besar. Ketika ditanya atas dasar apa kamu membuat rumah ini. Lalu Shin menjawab dengan bangganya, “aku membuat rumah ini atas dasar ingin memenangi pertandingan ini dan untuk menunjukkan bakat yang ada dalam diriku”. Lalu, Dato itu pergi kepada Chan, Dato itu pun melihat rumah hasilan Chan. Rumahnya kecil dan tak pula secantik rumah dibuat oleh Shin. Lalu Dato itu bertanya kepada Chan, “atas dasar apa kamu membuat rumah ini?”. Shan dengan merendah diri pun menjawab “cukuplah kerana ALLAH”. Lalu Dato ini salam Chan dan membeli rumah yang dibuat oleh Chan. Kemudian Shin bertanya “mengapa kamu membeli hasilnya dan bukan hasil aku?”. Dato itu dengan tenang berkata “ cukuplah kerana ALLAH S.W.T”.

Dapat kita lihat bahawa keikhlasa amat penting dalam setiap amalan kita, secara kesimpulannya, mari kita beramal ikhlas kerana ALLAH S.W.T.

PERINGATAN BUAT YANG LUPA-KEBERATAN MAUT DAN KENGERIANNYA


Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang suka bertemu kepada ALLAH, maka ALLAH suka menerimanya, dan siapa yang tidak suka bertemu dengan ALLAH, ALLAH juga tidak suka menerimanya.

Kerana seorang mukmin bila dalam sakaratul maut, mendapat kabar gembira bahawa ia diredhoi ALLAH dan akan mendapat syurga, maka ia lebih suka segara mati, daripada lanjut hidup, maka ALLAH menyambutnya dengan limpahan kurnia rahmatnya, sebaliknya orang kafir ketika melihat siska ALLAH yang akan diterimanya, ia menangis dan enggan mati dan ALLAH juga menjauhkannya dari rahmat dan akan menyiksanya. 

Ini tidak bererti ALLAH akan kasih kita apabila kita suka bertemu dengan ALLAH, tetapi kita akan suka bertemu dengan ALLAH apabila ALLAH kasih kepada kita.

Abdul – Laits berkata: Siapa yang yakin akan mati seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amal soleh dan meninggalkan amal kejahatan, sebab ai tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya, sedang Nabi s.a.w telah menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah penderitaan dunia, sebab penderitaan dunia itu termasuk siksa dunia, sedang siksa dunia ini lebih jauh lebih ringan disbanding dengan siksa akhirat, sedang maut termasuk siksa akhirat.

Abdullah bin Miswar Alhasyimi berkata: Rasulullah s.a.w membaca ayat:
Maka siapa yang dikehendaki mendapat hidayat, dilapangkan dadanya untuk menerima Islam, dan siapa yang dikehendaki oleh ALLAH kesesatan maka jadikan dadanya sempit sukar, bagaikan akan naik ke langit.
Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Nur Islam jika masuk ke dalam hati maka lapanglah dada, lalu ditanya: apakah ada tandanya? Jawabnya: ya, menjauh dari tempat-tempat tipuan dan condong pada tempat yang kekal dan bersiap-siap menghadapi maut sebelum tibanya.

Nabi s.a.w ketika menasihati seseorang bersabda:
Pergunakanlah lima sebelum tibanya lima. Mudamu sebelum tuamu, dan sihatmu sebelum sakitmu, dan longgarmu sebelum sibukmu, dan kayamu sebelum kekurangan mu, dan hidupmu sebelum mati.

Ada peribahasa Persia yang membawa erti: Jika kau masih kecil bermain bersam anak-anak kecil dan bila telah remaja lupa kerana banyaknya hiburan, lalu bila tua lemah dan tidak kuat, maka bilakah akan beramal untuk ALLAH S.W.T. sebab bila telah mati, kita tidak dapat berbuat apa-apa bahkan semua amalan kita sudah terhenti.keran itu harus digunakan masa itu sebaik mungkin.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Nabi s.a.w melihat malaikat maut di dekat kepala seorang sahabat anshar, maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: kasihanilah sahabatku kerana ia seorang mukmin. Jawab malaikat maut itu: Terimalah khabar baik hai Muhammad, bahawa saya terhadap tipa mukmin sangat belas kasih, demi ALLAH ya Muhammad saya mencabut ruh anak Adam, maka bila ada orang menjerit dari keluarganya, saya katakan: Mengapa menjerit, demi ALLAH kami tidak berbuat aniaya dan tidak mendahului ajalnya, maka kami tidak ada salah dalam mencabut rohnya, maka bila kamu rela denga hukum ALLAH kamu mendapat pahala, dan jika kamu murka dan mengeluh kamu berdosa, dan kamu tidak usah mencela kami, sebab kami akan kembali maka berhati-hatilah kamu. Dan tiada penduduk rumah batu atau bambu, kain bulu di darat atau laut melainkan saya perhatikan wajahnya tiap lima kali dalam sehari, sehingga mengenal mereka lebih dari diri mereka sendiri, demi ALLAH ya Muhammad andaikan saya mencabut ruh nyamuk tiada dapat kecuali mendapat perintah dari ALLAH untuk mencabutnya.

Nabi s.a.w bersabda: sesungguhnya kubur itu adakalanya sebagai kebun dari syurga atau salah satu lubang neraka.
Umar r.a berkata kepada Ka’ab: terangkanlah kepada kami tentang maut. Ka’ab berkata: Maut itu bagaikan pohon duri dimasukkan ke dalam tubuh anak Adam, maka tiap duri berkait dengan urat, lalu dicabut oleh seorang yang kuat sehingga dapat memutuskan apa yang terputus, dan meninggalkan apa yang masih tinggal

Abdullah bin Amr berkata: Ayahku sering berkata: saya heran pada orang yang sihat akal dan lidahnya ketika dihadapi sakaratul maut mengapa tidak suka menerangkan sifat maut itu. Kemudian ia dalam sakaratul maut itu sedang masih sedar akalnya saya berkata kepadanya: Ayah, kau dahulu heran terhadap orang yang sihat akal dan lidahnya mengapa tidak menceritakan tentang hal maut? Jawab Amr: Anakku, maut itu sangat ngeri dan dasyat, tidak dapat disifatkan, tetapi saya akan menerangkannya sedikit kepadamu: demi ALLAH ia bagaikan bukit radwa di atas bahuku, sedang rohkuseakan-akan keluar dari lubang jarum, sedang dalam tubuhku seolah-olah ada pohon duri, sedang langit seakan-akan telah rapat dengan bumi sedang saya ditengah-tengahnya. Hai puteraku, sebenarnya aku telah mengalami tiga masa: pertama saya kafir dan berusaha benar untuk membunuh Nabi Muhammad, maka alangkah celaka diriku sekirannya mati pada saat itu. Kedua, kemudian aku mendapat hidayah sehingga masuk Islam dan sangat mencintai pada Nabi Muhammad sehingga saya selalu diangkat sebagai pemimpin pasukan yang dikirimnya, maka alangkah bahagianya saya mati di saat itu, nescaya mendapat doa dan restu Rasulullah s.a.w. kemudia ketiga, kami sibut dengan urusan dunia, kerana itu saya tidak mengetahui bagaimana keadaanku di sisi ALLAH. Abdullah berkata: maka saya belum bangun dari tempatnya sehingga mati di saat itu.

Firman ALLAH:
“Inginkanlah mati jika kau benar-benar dalam imanmu”
Dan
“dan mereka tidak akan ingin mati kerana mengetahui amalan kejahatan mereka”

ALLAH menjelaskan bahawa seorang yang benar-benar iman dan ikhlas kepada ALLAH tidak gentar akan mati, bahkan rindu kepada mati untuk segera bertemu dengan ALLAH. Sebaliknya orang munafik akan lari dari maut kerana merasa amal perbuatan mereka jelek.
Abdullah bin Mas’uud r.a berkata: tiada seseorang yang hidup, melaikan mati itu lebih baik bagiya, jika ia baik, maka firman ALLAH: Apa yang disediakan oleh ALLAH lebih baik bagi orang yang bakti taat. Dan apabila mereka durhaka maka ALLAH berfirman: sesungguhnya kami membiarkan mereka supaya bertambah dosa dan untuk mereka bersedia siksa yang sangat hina.

Ibn Mas’ud r.a berkata: Nabi s.a.w ditanya:
Siapakah mu’min yang utama? Jawab s.a.w: yang terbaik budi akhlaknya. Dan mu’min yang manakah yang terkaya? Jawabnya: yang banyak ingat mati dan baik persediaannya.

Aktiviti IMAN (Degree) hujung minggu lepas..

Thursday, October 4, 2012


Syukur Alhamdulillah, dengan izinNYA program ‘Booth Iman, Lawatan Mesra Kolej Taman Universiti (KTU) dan, Malam Aspirasi Iman berjalan dengan lancarnya.

Program ‘Booth Iman telah diadakan pada 19 September 2011, Rabu bermula jam 10 pagi sehingga jam 4 petang dan bertempat di kaki lima Blok B, laluan ke Blok B. Pembukaan ‘Booth Iman’ ini bertujuan bagi memperkenalkan Kelab Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN) kepada mahasiswa serta pendaftaran ahli baru. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan kepada pengunjung ‘Booth Iman’ seperti hadiah misteri, cabutan bertuah, kuiz, jualan coklat dan aksesori wanita, perkhidmatan tambah nilai dan lain-lain.




Pada 19 September 2012, Rabu telah berlangsungnya program ‘Lawatan Mesra Kolej Taman Universiti (KTU). Objektif program ini ialah merapatkan silatulrahim antara pelajar  baru dan lama. Disamping itu, Kelab IMAN juga dapat diperkenalkan kepada pelajar baru. Secara tidak langsung ia juga merupakan salah satu altenatif bagi memperomosikan Kelab IMAN kepada mahasiswa. Oleh yang demikian, pelajar baru tidak akan berasa terasing di UiTM Kedah.







24 September 2011, Isnin, telah berlangsungnya Malam Aspirasi Iman yang bertempat di Dewan Sarjana bermula jam 9 malam sehingga 11 malam. Program ini dimulakan dengan pendaftaran ahli lama dan ahli baru. Program ini bertujuan memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi dan AJK IMAN 2011 serta tayangan multimedia aktiviti IMAN sepanjang semester. Cabutan bertuah juga diadakan bagi memeriahkan majlis dan meraikan ahli-ahli IMAN. Majlis Malam Aspirasi IMAN diserikan lagi dengan persembahan nasyid dan puisi oleh ahli IMAN. Malam Aspirasi IMAN ini berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan malam VIP.
Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih bagi ahli-ahli IMAN yang telah hadir dan secara tidak langsungnya menjayakan program-program ini.






Semoga IMAN akan terus maju serta tampil dengan pelbagai aktiviti menarik lagi bermanfaat. Insha Allah.

Popular Posts

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.