News Update :

SALAH BANGSA ATAU AGAMA?

Tuesday, October 16, 2012



Dimulai dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salah bangsa Atau salah Agama?

(pembaca boleh bayangkan apa dah terjadi di negara kita, apa yang terjadi pada dunia kita. Gejala sosial, dadah, penzinaan, kes rogol, kes culik, membunuh, bomoh, merempit, rasuah, peperangan, kekejaman Israel  dan sekutu, penyelewengan agama oleh SYiah dan ajaran2 lain. Semuanya menunjukkan tanda kiamat dan ke neraka. Ilmu yang cetek tak mampu memahami keadaan sekarang. Rohani dan tarbiyah yang lemah tidak mampu megubah keadaan sekarang)




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang arif lagi bijaksana, moga dirahmati ALLAH S.W.T pada setiap hari, setiap masa. Moga pada hari ini, anda berada dalam keadaan yang cukup hebat bagus berkali kali. Cerialah selalu, kerana pada masa ini, anda masih lagi berada di bumi ini. Syukurlah pada llahi. Inshaalah, dalam article ini, kita akan membincangkan tentang masalah isu semasa, yang lebih menjerumus pada masalah orang muda pada masa kini. 

Dapat kita lihat, masalah remaja sudah tidak dapat dikawal, terlalu banyak masalah yang sering timbul berkaitan dengan remaja. Contoh masalah yang melibatkan mereka adalah seperti, perzinaan, pencurian, pembuangan bayi dan masalah dadah. Hadirin sekalian, masalah yang dipaparkan di kaca television dan surat khabar sudah melibatkan beribu ribu kes, bagaimana pula dengan kes-kes yang tidak dipaparkan di media masa yang berkaitan dengan masalah remaja. Tentunya lebih banyak berganda ganda. 

Amat sedih sekali, apabila report menunujukkan bahawa 80% daripada kes-kes masalah remaja itu adalah berpunca dari orang melayu. Melayu yang dikatakan sudah sinonim dangn ajaran Islam. Adakah Islam yang membawa mereka ke jalan begitu? Sesama sekali tidak. Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk melakukan perkara-perkara jahat, walaupun kesalahan sekecil zarah. Islam adalah agama yang cukup indah. Kita dapat lihat, bangsa arab yang dulu kejam, jahil dan ganas itu bertukar menjadi bangsa yang kuat, harmoni dan hebat di mata dunia setelah mereka menerima Islam “as a way of life”. Tengok sahaja zaman kegemilangan Rasulullah, kurafah ar Rasyidin, kerajaan bani Abbasiah, kerajaan bani Umaiyah dan kerajaan Uthmaniah. 

Melayu yang dulu mundur dari segi ekonomi, politik dan social bertukar menjadi bangsa yang kuat dan hebat dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya, seperti zaman kesultanan melayu Melaka. Ini kerana, masyarakat melayu ketika itu, telah mengambil Islam sebagai cara hidup. Islam adalah agama ALLAH S.W.T, tuhan yang Maha Esa. Tuhan yang telah menciptakan kita. Masihkah kita ragu dengan ajaran yang dibawa oleh ALLAH S.W.T?. 

Kita perlu sedar bahawa, kita perlukan ALLAH S.W.T tetapi ALLAH S.W.T tidak memerlukan kita, ini adalah kerana kita ini hanyalah HAMBA kepada ALLAH S.W.T. Islam telah dianugerahkan kepada kita, jika kita masih berdegil tidak mahu mengikuti Islam, maka Islam akan ditarik balik. Ini kerana ALLAH tidak memerlukan kita untuk memperjuangkan Islam dan kita memerlukan Islam untuk memperjuangkan nasib kita diakhirat kelak. 

“Islam itu datang secara asing, dan ia akan kembali asing, maka siapa mengambil yang asing itu, dia adalah orang yang beruntung” 

Adakah kita fikir bahawa kita ini hebat? Hebat sangatkah Phd, Master degree, hebat sangatkah bangunan tinggi-tinggi, hebat sangatkah kereta Honda civic, hebat sangatkah beg Gucci, cantik sangatkah pakaian mahal jika tanpa ada unsur Islam? Jika kamu fikir itu hebat, maksudnya kamu bukan orang yang hebat, jika hati masih kotor dan kehidupan masih lagi terikat dengan riba. Kamu hanya hebat di mata manusia yang merupakan seorang hamba yang telah dijadikan daripada telur dan air mani yang hina. ALLAH S.W.T adalah yang paling hebat, dan jika kita mengambil agama ALLAH S.W.T sebagai cara hidup kita, barulah kita dikatakan hebat dari pandangan ALLAH S.W.T. Phd, master degree akan dipandang hebat jika seiring dengan Islam, kereta Honda civic akan hebat jika seiring dengan Islam, dan apa-apa sahaja yang membawa Islam, ia akan menjadi hebat. 

Kesimpulannya, jika kita hendak menjadi manusia dan bangsa yang hebat, kita hendaklah membawa Islam kemana mana sahaja kita berada. Inshaallah, kita akan dipandang hebat di mata manusia dan di pandang ALLAH S.W.T. ingatlah sahabat-sahabatku khususnya yang berbangsa melayu, bangunlah dari tidur mu. kita sudah ketinggalan. sudah tiba masanya kita bangkit dan berjuang. 

Bunga raya melambangkan bangsa.. 
Bangsa melayu yang gagah perkasa.. 
Ayuh lah Bangsa.. 
Ayuh lah Melayu.. 
Kita berjuang demi Agama.. 

Cepatlah bunga raya.. 
Bunga jati anak bangsa.. 
Cepatlah mekar.. 
Kita kesuntukan masa.. 
Perjuangan kita belum selesai.. 

Bendera berkibar bertahun lamanya.. 
Bagi melambangkan kemerdekaan negara.. 
Sayangnya ia hanyalah nama.. 
Kerana negara kurang Melayu beribawa.. 
Dimanakah laksamana melayu yang gagah perkasa?.. 

Janganlah layu bunga raya.. 
Engkau adalah harapan negara.. 
Engkau adalah pejuang Agama.. 
Perjuangan kita belum selesai.. 
Bangkitlah..bangkitlah 
Kita pasti berjaya.. 

Bukanlah saya menulis ini, untuk mengatakan saya hebat, tidak sesama sekali. Saya hanyalah manusia yang inginkan perubahan yang lebih baik, ini hanyalah untuk mengingatkan andai kata kita terlupa. Jika ada yang tersilap, mohan dimaafkan dan diperbetulkan. 

Mohd Kaizan Bin Nazlan
President IMAN Degree

Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.