Pernah tak kita terfikir, apakah dasar kita
melakukan amalan kita, adakah atas dasar menunjuk, pujian atau kerana ALLAH.Mari
kita bincangkan.
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
Yang sangat saya kuatirkan atas kamu ialah
syirik yang kecil. Sahabat bertanya: Ya Rasullullah apakah syirik yang kecil
itu? Jawabnya: Riyaa’. Pada hari pembalasan kelak ALLAH berkata pada mereka:
Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di
dunia, lihatlah di sana kalau-kalau kamu mendapatkan kabaikan dari mereka.
Riyaa’a ialah beramal untuk dilihat orang, mengharapkan pujian apabila dilihat orang.
Riyaa’a ialah beramal untuk dilihat orang, mengharapkan pujian apabila dilihat orang.
ALLAH telah
berfirman:
Akulah yang terkaya dari semua sekutu, aku
tidak berhajad kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa
beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainku, maka aku lepas bebas dari
amalan itu.
Maksudnya, ALLAH tidak menerima amalan kecuali
yang ikhlas. Maka, jika tidak ikhlas, maka amalan nya tidak diterima dan tiada
pahala bagi amalan itu.
Seorang yang beramal dengan riyaa’ itu bagaikan
seorang yang keluar ke pasar dan mengisi kantongnya wangnya dengan batu,
sehingga orang-orang yang melihat kantongnya semuanya merasa kagum dan berkata:
alangkah penuhnya kantong wang orang itu, tetapi sama sekali tidak berguna
baginya sebab tidak dapat dibelikan apa-apa hanya semata-mata pujian
orang-orang. Demikian juga dengan amalan riyaa, perbuatannya itu tiada pahala
di akhirat
“maka siapa yang
benar-benar mengharap akan bertemu Tuhannya, maka hendaknya berbuat amalan yang
baik, dan jangan mempersekutukan ALLAH dalam semua ibadahnya dengan sesiapapun”
(surah Al Khafi, ayat 111)
(surah Al Khafi, ayat 111)
Kita akan mendapat pahala jika amalan baik kita
ditiru oleh orang lain dan kita akan mendapat dosa jika amalan buruk kita
ditiru oleh orang lain.
Sebagaimana Nabi s.a.w bersabda:
Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia
mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari
kiamat, dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa
orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.
Dengan ini kita
dapat lihat bahawa amalan yang sedikit dengan keikhlasan lebih baik daripada
amalan besar tetapi tidak ikhlas. Amalan yang diterima oleh ALLAH akan dilipat
gandakan, dan amalan yang tak diterima ALLAH tidak akan mendapat apa-apa,
bahkan tempatnya adalah didalam neraka.
Rasulullah telah bersabda:
Apabila hari kiamat maka ALLAH akan menghukum
di antara semua makhluk dan semua umat terkutuk lutut, dan pertama yang
dipanggil ialah orang yang mengerti Al Quran, dan orang yang mati fisabillilah
dan orang kaya. Maka ALLAH menanya kepada orang yang pandai Al Quran: Tidakkah
aku telah mengajarkan kepada mu apa yang aku turunkan kepada utusanKu? Jawab
orang itu: benar ya Tuhanku. Lalu kau berbuat apa terhadap apa yang telah
engkau ketahui itu? Jawabnya: saya telah mempelajarinya di waktu malam dan
mengerjakannya di waktu siang. Firman ALLAH: Dusta kau, malaikat juga berkata :
dusta kau, sebaliknya kau hanya ingin disebut qari ahli dalam Quran, dan sudah
disebut demikian itu. Lalu dipanggil orang yang kaya dan ditanya: Engkau telah
berbuat apa terhadap harta yang Aku beri kepadamu? Jawabnya: saya telah gunakan
untuk membantu family kerabat, dan bersedekah. Dijawab oleh ALLAH: dusta kau,
juga para malaikat berkata: dusta engkau, kau berbuat itu hanya ingin disebut
dermawan dan sudah terkenal demikian. Lalu dihadapkan orang yang mati berjihad
fisabilillah ditanya: kenapa kau terbunuh? Jawabnya: saya telah berperang untuk
menegakkan agamaMu sehingga terbunuh. ALLAH berfirman: dusta engkau, dan
malaikat juga berkata dusta engkau sedemikian.
“siapa yang niat
dengan amalannya hanya semata mata keduniaan dan keindahannya maka kami kan
memeberi kepada mereka semua amalannya dan mereka didunia tidak akan
dikurangkan(dirugikan). Mereka itulah yang tidak mendapat di akhirat kecuali
api neraka, dan gugur semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan
mereka itu”
(surah Hud, ayat 15-16).
(surah Hud, ayat 15-16).
Sebab tidak ikhlas kepada ALLAH, maka semua
amalan itu sia-sia.
Untuk keselamatan suatu amal, kita kena berhajat pada empat macam: yang pertama ilmu pengetahuan, sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salahnya.kedua Niat, sebab tiap amal bergantung pada niat. ketiga Sabar, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan baik dan sempurna. Keempat Tulus ikhlas, sebab amal tanpa ikhlas, tidak diterima.
Untuk keselamatan suatu amal, kita kena berhajat pada empat macam: yang pertama ilmu pengetahuan, sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salahnya.kedua Niat, sebab tiap amal bergantung pada niat. ketiga Sabar, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan baik dan sempurna. Keempat Tulus ikhlas, sebab amal tanpa ikhlas, tidak diterima.
Mari saya ceritakan
kisah dua orang pekerja buruh.
Pada suatu hari ada 2 orang pekerja buruh mahir
satu nama Shin satu lagi namanya Chan. Mereka telah diberikan kontrak daripada
seorang Dato, Setiap dari mereka harus membina sebuah rumah untuk anak-anak
yatim. Hasil rumah yang paling cantik akan dibeli oleh Dato tersebut . Shin dan
Chan pun buatlah rumah, dan dalam masa 1 bulan rumah tersebut sudah siap. Hasil
buatan Shin cantik dan besar. Ketika ditanya atas dasar apa kamu membuat rumah
ini. Lalu Shin menjawab dengan bangganya, “aku membuat rumah ini atas dasar
ingin memenangi pertandingan ini dan untuk menunjukkan bakat yang ada dalam
diriku”. Lalu, Dato itu pergi kepada Chan, Dato itu pun melihat rumah hasilan
Chan. Rumahnya kecil dan tak pula secantik rumah dibuat oleh Shin. Lalu Dato
itu bertanya kepada Chan, “atas dasar apa kamu membuat rumah ini?”. Shan dengan
merendah diri pun menjawab “cukuplah kerana ALLAH”. Lalu Dato ini salam Chan
dan membeli rumah yang dibuat oleh Chan. Kemudian Shin bertanya “mengapa kamu
membeli hasilnya dan bukan hasil aku?”. Dato itu dengan tenang berkata “
cukuplah kerana ALLAH S.W.T”.
Dapat kita lihat bahawa keikhlasa amat penting
dalam setiap amalan kita, secara kesimpulannya, mari kita beramal ikhlas kerana
ALLAH S.W.T.
0 comments:
Post a Comment