News Update :

「PUISI ONLINE」 - 【 SECETUS HATI MELAKAR KEINSAFAN 】 - 「BPI 2012」

Friday, January 27, 2012


Sekeping demi sekeping
Kini ia menjadi bongkah
Maka sulit tok kita robohkan
Dengan bertiangkan anasir jahil
Yang mengukuhkan lagi tapaknya.

Lembaran demi lembaran
Dihamparkan malah tiada kesedaran
Bongkah diukir kini sekelumit dicalari
Alah bisa tegal biasa lemparan jahil

Letupan demi letupan
Arusan merah mengalir tidak berhiba
Nyawa diratah sebegitu sahaja
Tangisan demi tangisan
Insan kecil memanggil erti kasih sayang
Dikecam hingga tiada lagi kemanuasiaan

Hunusan demi hunusan
Kejahilan mengalir di dalam jiwa
Di mana cebisan diri ini
Harusnya membenteng tembok
Dari tergambarnya bongkah kejahilan
Di atas lantai kita berpijak ini

Di mana kita di saat ianya mula dipasak
Di mana kita di saat ianya mula dibina
Di mana kita di saat ianya mula membentuk
Di mana kita di saat ianya mula meneroka


Masihkah ada lagi debunga
Melebarkan kelopak menyinari
Selirik kehidupan seindah kemanisan

Terciptanya masa demi masa
Kita cuba membakari bongkah megah berdiri
Kita lemparkan abunya tak siapa tahu
Biarkan ianya pergi tiada lagi

Setapak Kita ukirkan masjid
Meneroka segalanya
Hamparkan ilmu sunnah dan Quran
Pada sfera ciptaan ilahi

Bersama kita menongkah arus
Jangan kita mengikut arus
Jangan kita terhumban
Di dalam ruangan bongkah itu

Kerna pasti akan kita
Patahkan paksinya
Bersujud ke bumi tiada lagi jahil
Kembali kita bersujud
Pada pengukir Agung

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim.
Secetus hati melakar keinsafan

- 「MOHD FAIZAL BIN MAZLAMI」 -
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.