Malam masih muda,
Ramai yang terlena,
Dibuai mimpi entah ke mana,
Fikiranku melayang
mengimbau masa lama,
Yang tak kulupakan demi
generasi muda.
Aku masih muda,
Masih berfoya-foya,
Melayan masa muda,
Yang indah-indah belaka,
Rasanya dunia aku punya,
Kata orang muda,
Hidup cuma bersahaja,
Nanti di usia tua,
Sejadah tumpuan kita,
Baru seimbang dengarnya….
Allah Maha Kuasa,
Dibayar terus ‘tunai ‘ di
dunia,
Semuanya hanya sekelip
mata,
Bila kuterjaga,
Kulihat mama dan papa,
Teresak-esak menahan
gelora,
Dalam hati
kutertanya-tanya,
Kenapa dengan mereka?
Aku terkedu seribu bahasa,
Mataku berkaca seribu
makna,
Gelap sudah kupunya dunia,
Semuanya sudah tiada makna,
Kulihat mama dan papa,
Rasa bersalah menyerbu
dada,
Dua-dua sedih dan berduka,
Minta maaf mama,
Minta maaf papa,
Kubuat kalian kecewa.
Hidupku kini bagaimana?
Kusembunyi rasa duka,
Kusembunyi perasanku semua,
Kuingin tabah depan mereka,
Kuingin kuat depan mereka,
Biarpun dihati, ku berduka,
Hanya Allah tempatku
meminta,
Mintaku diberikan masa,
Mintaku diberikan tenaga,
Agar dapat buat mereka
gembira,
Tapi bagaimana,
Diriku sendiri tak terjaga,
Apakah kumampu tempuhi
dunia,
Dengan diriku yang tak
sempurna,
Dengan pandangan serong
masyarakat kita,
Dengan maki serta cerca,
Dengan dunia penuh
pancaroba,
Denganku hanya berkerusi
roda.
Tanggal suatu masa,
Tersiar di dada akhbar,
Kemalangan meragut nyawa,
Seorang kanak-kanak jadi
mangsa,
Siapa pemangsanya???
Oh, tidak!Jika bisa diundur
masa,
Nescaya aku tidak akan
terleka,
Membuatku menjadi fobia,
Untuk memandu sang kereta.
Aku tidak bisa putus asa,
Semua ini ujian dari-Nya,
Semua ini kerana ku
disayangi Dia,
Semua ini hidayah dari-Nya,
Aku harus bangkit dan
berusaha,
Gembirakan hati mama dan
papa,
Menjadi anak soleh dan solehah.
Besyukurlah kepada-Nya,
Aku insaf sesungguhnya,
aku bertaubat nasuha,
Akanku tinggalkan permainan
lama,
Akanku mulakan dengan tekad
usaha,
Tak akan toleh masa lama,
Bersaksikan mama dan papa,
Akanku bahagiakan mereka,
Biarpun ku tak sempurna,
Akanku gegarkan dunia,
Beralaskan sejadah ku
meminta,
Meminta kepada Dia maha
Kuasa,
Diberikan sinar hidayah dan
tunjuk ajar,
Untukku menempuh dunia…
- 「FARAH FARHANA BINTI ROSDI」 -
0 comments:
Post a Comment