Bagaimanakan ku ungkap kata
shahadah itu
Bagaimanakan ku ingat merdu azan
membisik kalbu
Musnahnya hati ini dek kerana
lamunan kehanyutan
Ingat lagikah aku pada merdu
suara keinsafan suci
Cerah lagikah pandangan mata
pada sinar iman pedoman diri
Ya allah… aku manusia yang mudah
melupa
Melupa tatkala aku gembira
Mengingat pabila aku duka sengsara
masakan aku terlupa akan dunia
hanya sementara
tetapi tetap ku terleka bersama
arus masa
ya allah.. ya allah aku
terlupa.. aku berdosa
cukup lagikah masa untuk aku
ubah akan segala-galanya
selamilah akan diri ini sinar
baru yang kutemui
agar diri ini bisa merasa indah
ciptaanNya walaupun buat sementara
agar ku tak lagi lupa pada janji
ku padaNya
dunia.. dipenuhi dengan cinta
aku tenggelam bersamanya cinta..
aku lupa kata-kata suruhanNya
aku lupa akan ajaranMu ya
Muhammad..
ampunilah aku Ya Allah…
bila ku ingat..bila ku kenang
dosa-dosa yang ku lakui.. apa
yang aku sanjungi
ya allah..tuhan yang maha
berkuasa
terimalah segala taubatku ini
ku akui kelemahan diriku ini
telah ku insafi kekurangan
diriku ini
amatku sesali kejahilan diri ini
yang telah jauh dari sinar kemaafanmu Ya allah
terimalah ya allah…ya allah
terimalah taubat ku ini
telah ku insafi dosa waktu muda
dan tuaku
ya allah..terimalah taubatku ini
telah ku temui sinar keinsafan
buat diriku ini…
fahamilah diri ini…hanya dia..Ya
Allah
- 「Nor Fadhilah Binti Ghazali」 -
0 comments:
Post a Comment