News Update :

「PUISI ONLINE」 - 【 PUISI KEINSAFAN 】 - 「BPI 2012」

Friday, January 27, 2012


Di bawah sepohon pokok yang rendang,
Di hembusi oleh hembusan bayu pantai yang lembut menerpa di pipiku,
Tatkala itu,,
Aku terpandang seorang kanak-kanak perempuan sedang asyik membina istana pasir di pantai,
Yang girang melihat istana pasirnya runtuh dipukul ombak,
Aku terfikir,,
Alangkah indahnya seandai aku boleh kembali menjadi seperti kanak-kanak itu,
Yang masih suci tanpa sebarang dosa terhadap si penciptanya,
Yang masih suci tanpa sebarang cacat cela di hatinya,
Yang masih suci tanpa setitik maksiat yang mencemari maruah keluarganya,
Namun,
Semuanya tidak bermakna lagi buat diriku,
Dulunya,
Diriku suci seperti kain putih yang tiada sebarang kotoran,
Tetapi,
Setelah usiaku mula mengorak langkah,
Kain yang putih suci itu, mula menampakkan kotoran sedikit demi sedikit,
Kotoran yang datang dari kekhilafan ku sendiri,
Aku terlampau rakus dengan aktiviti duniawi sehingga lupa pada tuntutan mu Ya Allah,
Aku ingkar pada ajaranmu wahai rasulku Nabi Muhammad S.A.W
Aku sentiasa mengagungkan kekasih hatiku berbanding kedua ibu bapa ku,
Adakalanya,
Aku merasakan dunia ini seolah-olah aku yang miliki,
Aku bebas bergaul tanpa menghiraukan dosa yang menanti,
Aku seronok berpesta bersama-sama teman sehingga lupa akan kemurkaan Allah,
Aku sering memarahi kedua ibu bapaku tatkala mereka menegurku tanpa aku stelah sedari `Anak Derhaka` telah menjadi milikku,
Aku hanya memndang sepi terhada Al-Quran yang sentiasa mengharap aku untuk membacanya,
Kini,
Tiada lagi kesucian di dalam diriku,
Hanya dosa yang bersarang di dalam diriku,
Disaat diriku disahkan menghidap HIV,
Aku tidak terdaya untk berkata-kata,
Disaat ajalku mula menghampiri,
Aku hanya mampu menangis meratapi kekhilafan ku selama ini,
Aku benar-benar berdosa kepada mu Ya Allah,
Aku benar-benat berdosa kepada mu Ya Rasul,
Aku benar-benar berdosa pada mu ibu…pada mu ayah,
Masih adakah pintu taubat yang terbuka buat ku di saat ajal menantiku,
Seandainya aku menjaga kesucian kain putih itu sejak dari dulu,
Sudah pasti kini aku tenang menanti panggilan darimu Ya Allah,
Namun,
Hanya keinsafan yang menghantui ku kini,
Jelas terpancar sinar keinsafan di raut wajahku yang pucat ini,
Sekiranya di beri peluang sekali lagi untuk aku berubah,
Sudah pasti aku tidak akan mensia-siakan peluang itu,

- 「SITI ZURIA BT AHMAD SHAFERI 」 -
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.