Sedarkah engkau, aku benar-benar
mencintaimu?
Dari mula kutemu sehingga kini;
Dasar hatiku tidak pernah berubah sama
sekali;
Aku rela mati kerna cintaku ini.
Tapi,
Begini pula akhirnya……
Aku terkial-kial mencari cintamu kembali..
Sekian lama kau menyepi, seungkap katapun
tidak kudengari;
Sudah hilangkah janji manismu yang kau
taburi?
Akhirnya,
Aku tersedar sendiri dari lamunan ini,
Aku hanya menyandar di rumah yang kosong,
tiada peri…
Semakin sunyi kian hari..
Aku mula memandang sekelilingku, aku mula
mencari cinta sebenar….
Lautan bergelora berasak tenang,
Mentari pagi terik dan menyinar,
Langit tinggi terbentahg luas…..
Aku terbangun, aku mengeleng..
Tiba-tiba, air mataku mengalir…
Semakin lama, semakin deras,
Ya Allah, aku terlupa akan Mu….
Ya Allah, mengapa aku lalai sebegini…
Aku terlupa akan nikmat yang KAU berikan…
Aku terlupa akan hayat ini untuk
kebahagiaan….
Bukan kesedihan sedemikian rupa..
Bukan kealpaan mengejar cinta, cinta dunia
yang tidak hakiki;
Tetapi hanyalah cinta sementara, penuh noda
dan dosa;
Lihatlah, tatkala itu,
bagiku, cintaku itu yang paling agung!
Tiada cinta lain yang lebih tinggi dari
cintaku…
Aku menangis lagi,
Sekarang, puaslah aku,
Baru kusedar betapa bodohnya aku,
aku tinggalkanMu kerna sebuah cinta
manusia;
Aku tinggalkan Mu kerna aku berlari mencari
cinta;
Tapi, aku tidak sedar bahawa cinta itu,
hanya sementara;
Cinta manusia, tiada bedanya;
Semuanya sama, hanya manis mulut berbicara;
Cinta yang abadi, hanya cinta hakiki;
Iaitu cinta padamu Ya Rabbi……………
- 「Nurul Syahidah Binti Jamaludin」 -
0 comments:
Post a Comment