「PUISI ONLINE」 - 【 KEINSAFAN 】 - 「BPI 2012」
Saturday, January 28, 2012
Bismillahirrahmanirrahim...
Wahai hamba Tuhan yang Agung
Di kala tahun mnginjak pergi
Masa kian suntuk
Namun ingatlah duhai hamba
Pintu taubat terbentang buatmu
Dari celah khilaf hati ini
Jelas masih bernoda
Noda yang sering terlakar
Dek kerana fatamorgana dunia
Tuhanku
Tahajudku merintih dinihari
Mengharap Engkau mendengar
Ya Sami', Engkau Maha Mendengar
Doaku agar Engkau ampuniku
Kerana Engkau Maha Pengampun
Ya Allah
Masa laluku beronak duri
Leka dan tertipu
Dengan helah permainan duniawi
Ya Allah
Hamba berserah dalam pangkuanMu
Terimalah daku dalam jalinan agamaMu
Kerana
Tiada lain tempat ku berserah
Ya Rabb, hanya padaMu.
- 「Nabihah Binti Mohamad Noh」 -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment