News Update :

「PUISI ONLINE」 - 【 MASIH BELUM TERLAMBAT 】 - 「BPI 2012」

Saturday, January 28, 2012



Tatkala tirai siang berlabuh

Malam mengambil tugasnya
Waktuku diisi kosong
Hanya berlegar-legar di alam maya

Diriku leka di situ
Jamari tak pernah letih menari
Tak pernah jemu membalas komentar
Berbicara soal dunia
Yang hanya sia-sia

Dalam nyenyak buaian mimpi indah
Diri terjaga, diri tersedar
Namun, fajar telah berlalu
Rutin yang sama berlaku

Terdetik di hati kudus ini
Apa yang kau cari dalam hidup ini
Mengapa kau begitu bongkak
Begitu mendongak tanpa merasa apa-apa

Tidakkah kau sedar bahawa hidup ini pinjaman tuhan?
Tidakkah ada walau sekelumit rasa kesal?
Sedarlah wahai hamba tuhan yang Maha Agung
Kerana
Apabila Malaikat Izrail datang menjemput
Kamu tidak ada pilihan, tidak ada pertolongan

Sedarlah, insaflah wahai hamba tuhan yang Maha Agung
Tiada istilah terlewat untuk berubah
Masih belum terlambat untuk bertaubat
Melainkan matahati terbit di ufuk Timur

- 「Nabihah Binti Mohamad Noh」 -
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.