Keinsafan itu,
Lahirnya dari hati yang
terluka,
Dek mengingati akan azab
yang bakal di hadapi,
Menyelami tiap keperitan
yang bagaikan sudah terasa,
Lalu bahu
terhinjut-hinjut menahan esakan yang semakin deras,
Air mata keinsfan laju
membasahi pipi,
Laju pula jari-jemari
menyeka air mata,
Seminit dua cuma
keinsafan itu berlabuh…
Ketika dunia mula
menagih janji,
Diri mula terjun ke
dalamnya,
Meneruskan kehidupan
yang masih memerlukannya,
Tanpa di sedari setiap
hari jalan yang di tempuhi,
Mempunyai dua cabang,
Dan tiap itu Iman
berbuih menasihati,
Nafsu pula hanya memberi isyarat,
Namun… “Diri” lebih
memahami bahasa isyarat…
Malam itu,
Keinsafan menjenguk lagi
dan memberi Salam,
Lalu meresap dan memeluk
tubuh “Diri” dengan kuat,
Dengan harapan “Diri”
merasa kehadiran Insaf ,
Lalu menemui Taubat
dan Nasuha,
Kerana sesungguhnya Allah itu
Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang…- 「Nur Musyakilah binti Mohd Rohaide」 -
0 comments:
Post a Comment