News Update :

「PUISI ONLINE」 - 【 Mencari Sebuah Kepastian 】 - 「BPI 2012」

Friday, January 27, 2012


 Mencari Sebuah Kepastian

Tika mulut ini diam terkunci,
Hati dan akal mula rancak berdiskusi,
Mencari perihal mata hati,
Yang telah lama dibutai, 
Adakah semakin menghilang dibawa arus, 
atau masih tetep kukuh di landasan kebenaran..
Wallahi! Diri yang hina ini tidak mengerti,
kerana hanya Allah yang lebih Mengetahui.

Dan jika diri ini diberi peluang,
Ingin sekali aku mencari ruang,
Agar dapat ku isi segala yang tersingkap di dasar hati, 
Yang masih mencari-cari destinasi diri, 
Supaya dapat menuju jalan yang hakiki, 
Supaya Allah merestui dan meredhai.

Kadang-kadang,
Terlalu payah untuk diri hamba-Mu ini,
Menerima segala kebenaran yang terpatri,
Kerana hati yang tidak kukuh dipagar ini,
Telah diselubungi dengan pelbagai onar dan duri,
Yang telah membawanya kepada satu penyesalan diri.

Tapi, 
Setelah sekian lamanya,
Kediaman ini mengheret aku untuk berimaginasi dan menginsafi,
Segala kelakuan diri yang tidak pernah dihalangi,
Terus-terusan melakukan dosa tanpa sempadan,
Sehingga sampainya ia ke satu tahap,
Untuk diri ini kembali menyedari dan menyesali,
Kerana aku yakin Allah tidak pernah menutup pintu taubat-Nya,
Kepada hamba-hamba yang masih mencari sinaran cahaya  disaat kaburnya masih ada.

Terasa keinsafan membuak-buak di dasar hati, 
Terlalu padat hingga menyesakkan jiwa nurani,
Ya Allah !
Cuma 1 yang dipohon hati ini,
Semoga Kau Mengetuai segala jalan yang bakal aku tempuhi...Amin.

- 「NURUL ‘ATIQAH BINTI MOHD ZAIDI」-
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.