News Update :

「PUISI ONLINE」 - 【 DULU & KINI 】 - 「BPI 2012」

Friday, January 27, 2012


Dulu…
Aku tak pernah terlintas difikiranku
Mengapa hidup ibarat roda?
Terkadang bahagia terkadang derita
Dulu…
Tak pernah juga terlintas difikiran
Mengapa ibu sedih?
Mengapa ayah gembira?
Dulu…
Aku tidak pernah kenal apa itu erti kesusahan
Bagiku semuanya mudah
Apa yang diminta pasti akan dipenuhi
Itu hanya kata-kataku itu juga yang tiba.
Namun kini,
Semuanya aku telah fahami
Takkan bermakna bahagia hidup ini tanpa derita
Kerana hadirnya bahagia setelah derita
Telah ku ketahui jua
Kesedihan ibu kerana gembira
Anaknya berkorban demi masa depan
Gembiranya ayahnya tidak terkata
Anaknya kini insan yang berguna
Telah ku fahami jua akhirnya
Kenapa susah itu ada
Kerana ia ujian yang maha esa kepada yang tabah
Agar tidak alpa dan leka
Mengingati diri yang hina.


-「NOOR AZNIM BINTI ARIFFIN」-
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.