「PUISI ONLINE」 - 【 Kisah Sampah Aku 】 - 「BPI 2012」-
Saturday, January 28, 2012
Aku ada pensel,
Atas kertas putih ini,
Aku conteng benar-benar,
Aku lakar cinta ini.
Bosan,
Mengapa cinta sukar digarap?
Aku mahu mencuba,
Engkau masih berupaya?
Jika gagal,
Hancur hati, bukan seperti kata-kata.
Dulu,
Aku rasa,
Sangat sepi diri ini,
Kosong? Apatahlagi!
Aku mahu cinta,
Ada tempat kosong,
Sila, isi cinta.
Tapi, cinta bukan milik kita,
Aku sedar,
Engkau aku, sama dusta,
Hakikatnya,
Ada lagi indah,
Ada lagi sempurna.
Yang bakal Allah tunjukkan
Ah! kau ingat,
Inikah dia cinta sempurna?
Memang silap!
Sudah-sudah pungut dosa,
Ingat! hidup tak lama,
Kumur air, basuh muka,
Usah ulang dosa yang bertimbun,
Guna sejarah semalam,
Ubah jalan kembali.
Kau perlu ambil peduli,
Aku sudah lama buang,
Aku sudah lama lupakan,
Kisah hitam kita.
Kisah sampah kita.
Kisah dosa kita.
Tentang semuanya!
- 「Nurul Iskandar Binti Ismail」 -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment