News Update :

「PUISI ONLINE」 - 【 Aku Bunuh Mata Kau 】 - 「BPI 2012」

Saturday, January 28, 2012



Aku ada peluang,
Tidak mengapa,
Kertas ini masih suci,
Aku kotorkannya,
Biar hitam sehitam-hitamnya,
Ini aku mahu,
Kau peduli apa?

Tapi,
Aku rasa,
Tiada perlu dibangga,
Tidak ada yang nak dibongkakkan,
Aku mahu putihkannya kembali,
Bagaimana?
Malah engkau si setan,
Ketawa sahaja,
Tunjuk gembira!

Aku tahu siapa aku,
Maaf, aku bunuh mata kau,
Kerana aku mahu ini,
Biar aku tanggung seksa ini.

- 「Nurul Iskandar Binti Ismail」 -
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.