Berita Kampus
Aktiviti
Tazkirah
Artikel
Video
Kaedah Belajar Berkesan
Saturday, June 18, 2011
PEMIMPIN satu amanah
Friday, June 17, 2011
Manisnya Tahajud
"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.
Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."
Kewajipan Bertudung: Perlukah Dipersoal?
Thursday, June 16, 2011
“Ala..motor rosak la …lagipun biasanya Ustaz masuk lambat…,”kata seorang pelajar.
“Ish..masuk ni dah kira tiap-tiap hari enta sampai lambat..alasan pulak sama! Ustaz masuk lambat sebab bagi peluang kat pelajar-pelajar bersiap sedia sebelum dia masuk mengajar..,"balas saya sebagai dhobit (pengawas) bertugas pada hari tersebut.
“Bagi ana tak salah pun datang lambat..ana pelajar di sini, bayar yuran, ikut suka hati ana la untuk datang bila-bila masa.,” balas pelajar itu dengan nada agak kasar. Saya tersenyum, sambil memikirkan satu jawapan yang bernas.
“Macam ni la, ana bagi enta pelepasan kali ini, tapi ana nasihatkan enta pergi Idarah (pejabat sekolah) dan isi borang berhenti sekolah”.
Terkejut pelajar itu, lantas menjawab.“Kenapa pula enta suruh ana berhenti sekolah?”
Saya menjawab sambil tersenyum.“Ana nasihatkan enta berhenti sekolah, dan cari satu sekolah yang membenarkan pelajar-pelajar datang lewat ke sekolah, nanti takde la sesiapa nak sekat atau denda enta nanti, macam kebiasaan ana buat ni..”
Muka pelajar itu merah seketika, kerana ter”kena” dengan kata-kata saya itu. Saya mencatat namanya untuk dibawa kepada Guru Disiplin, dia pun tidak lagi membantah seperti sebelum ini, mungkin kerana terkesan dengan kata-kata saya sebentar tadi.
Apa kaitan kisah ini dan hukum bertudung?
Jawapannya mudah, Allah adalah Rabbul ‘Alamin (Pemilik Sekalian Alam), lantas DIA Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dan makhluk untuk menjadi isi alam ini. Lantas untuk mengimbang tara alam dan isinya, DIA telah menetapkan hukum dan batasan yang mesti dipatuhi oleh semua makhluk terutama manusia selaku khalifah di bumi ini. Antara hukum yang ditetapkan ialah kewajipan bertudung bagi golongan wanita yang mesti dipatuhi sepenuhnya tanpa ada sebarang bantahan.
Jika masih ada yang membantah dan mempertikai, memadailah kisah di atas yang dijadikan iktibar untuk kita sama-sama berfikir sejenak . Allah adalah pemilik alam ini, DIA lah yang menetapkan hukum-hakam diatasa muka bumi, manusia sebagai penumpang alam ini mestilah mematuhi segala hukum hakam yang telah ditetapkan Nya. Jika masih ada yang terfikir untuk mempertikai dan membantah, adalah dicadangkan untuk mereka mencari satu dunia atau alam yang baru, yang mana Pemiliknya membenarkan sepenuhnya penghuninya tidak memakai tudung, sebagaimana pelajar tadi disarankan mencari satu sekolah baru yang tiada peraturan berkenaan datang lewat.
Dalam Surah An-Nur, Ayat 31, Allah berfirman:
Ayat hukum di atas, jelas menerangkan kewajipan menutup dengan kain tudung (penutup kepala) sehingga ke paras dada, tanpa perselisihan dari mana-mana ulamak tentang hukum yang telah ditetapkan ini. Kepentingan menjaga aurat bukan sahaja mempunyai kebaikan untuk golongan wanita, bahkan keselamatan mereka lebih terjamin, tambahan mata-mata lelaki lebih terjaga dan secara langsung hati lelaki lebih terpelihara. Seterusnya, kesejahteraan dunia dan alam ini terjamin.
Dalam satu ayat lain, Surah Al-Ahzab, Ayat 59 Allah berfirman:
Di dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa hikmah penutupan aurat dengan selengkapnya adalah untuk dikenali sebagai wanita muslimah dan paling penting, untuk mengelakkan dari diganggu oleh kaum lelaki yang berniat jahat, sebagaimana dinyatakan sebab turun ayat ini dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir.
Namun, pelbagai alasan pula timbul dari kalangan wanita yang sudah bertudung, tetapi dek kerana fesyen semasa dengan pelbagai jenis tudung di pasaran yang mampu merambang mata mereka, bahkan mampu menggugat iman mereka, ditambah bisikan dari musuh nyata seluruh anak adam iaitu Iblis dan konco-konconya yang mengenakan slogan. “Islam tidak menyekat untuk berfesyen, asalkan bertudung sudah memadai!”
Ada seorang sahabat menghantar SMS meminta untuk menjawab satu soalan cepu emas yang diutarakan oleh kaum wanita berkenaan tudung. Persoalannya tidak mempertikai, tetapi berbaur unsur mencari alasan, (wallahu’alam…) : “Tudung bagi wanita adalah labuh ke dada, jadi..labuh kat depan je la, setakat dada, belakang takpe kut kalau tak labuh?” Astghfirullahal ‘Azim.. Itu sahaja yang mampu diucapkan sambil jari-jemari mula menekan mencari ayat-ayat hukum berkenaan tudung untuk menjawab persoalan yang dianggap remeh, tetapi cukup untuk memeningkan kepala agar terjumpa jawapannya. Akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya telah saya jumpai sebagaimana yang tertulis di dalam ayat 31, Surah An-Nur yang didatangkan sebelum ini.
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya”.
Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan perkataan Sudur (dada), tetapi Allah menggunakan perkataan Juyub (paras dada/poket), justeru, secara bahasanya Allah telah menjawab dengan jelas persoalan yang baru sahaja muncul di kurun moden ini, yang mana bermaksud apa sahaja yang se”paras” dengan dada mesti ditutup/dilabuhkan ke tahap itu.
Malah jika diperhatikan dari sudut bahasa lagi, dalam ayat itu (Walyadribna) Allah menggunakan Tawkid (penguat ayat/arahan) iaitu huruf BI, dinamakan BAA\' AZZA\'IDAH yang biasanya AZZA\'IDAH (Tambahan) dalam bahasa Arab adalah menunjukkan betapa seriusnya arahan tersebut bagi meyakinkan pendengar-pendengar, di samping menunjukkan melabuhkan lebih dari paras yang ditetapkan adalah lebih baik! Tambahan pula, ada disebut dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Kitab Ad-Durr Al-Manthur (Oleh Imam As-Sayuthi), diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim, daripada Sa'id b. Jabir: Ayat (Walyadribna) bermaksud "Melebihkan (labuhan)".
Justeru, hukum bertudung adalah lengkap sebagaimana Allah terangkan dalam ayat tersebut, malah dikuatkan lagi dengan dalil Hadis Nabi SAW ketika mana Asma’ bt Abu Bakr As-Siddiq keluar dengan memakai pakaian nipis dan jarang, lantas Nabi SAW menegur dengan bersabda: “Sesungguh seorang wanita apabila baligh, tidak boleh menampakkan daripadanya (badannya) kecuali ini.” Nabi SAW sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya (Asma’).
Kewajipan bertudung sudah nyata diterangkan didalam Al-Qur'an namun,masih ada lagi yang membantah.
Jika begitu, carilah satu tempat yang tiada lagi batasan dan sekatan, boleh pakai apa sahaja yang dikehendaki dan disukai... Namun persoalannya, adakah wujud tempat sebegitu?
Allah berfirman, dalam Surah An-Nisa Ayat 78:
Dalam memastikan “harga” ini sentiasa “mahal” terutamanya dari segi maruah, adalah disyorkan sebelum keluar dari rumah dan terdedah kepada suasana luar yang pelbagai ragam dan mata sedang memandang, pastikan segala-galanya ditutup rapi, yang penting semua yang boleh menimbulkan syahwat mata yang memandang dan menjadi fitnah (tidak selamat bagi mereka), maka tutuplah dan berhati-hatilah, seperti wangi-wangian. Untuk memastikan memenuhi piawaian yang ditetapkan, tanyalah kaum adam dari kalangan adik-beradik atau saudara yang mahram atau suami sendiri, kerana jika bertanya kepada kaum yang sejenis, akan dikatakan “tidak mengapa”.. “OK dah”.. “Cantik dah”..dan macam-macam lagi jawapan yang mana diukur dengan mata mereka semata-mata, sedangkan kaum adam ini lebih peka dalam hal-hal ini.
Sebagai contoh,mungkin bagi kaum hawa sesama mereka dirasakan wangian yang dipakai biasa sahaja dan tidak kuat bauannya, tetapi bagi kaum adam, ia cukup membuatkan jiwa dalam bergelodak! Semoga Allah memelihara kaum hawa pada zaman ini, agar terjaga hati-hati kaum Adam yang begitu lemah, jika godaannya adalah dari kaum hawa yang mana lebih hebat dari godaan Iblis dan konco-konconya.
Virus-Virus Ukhwah
Sunday, June 5, 2011
1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)
2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.
"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)
3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)
4. Namun, Ukhuwah yang terbentuk itupun kadang-kadang 'bisa' TERUNGKAI tatkala diserang virus-virusnya! Baiklah, berikut adalah tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah yang dapati daripada buku tersebut
- Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar "Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)
- Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya 'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."
- Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara "Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
- Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka. Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...
- Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Lagi ramai lagi BAGUS!) Imam Syafi'i pernah bersyair, Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu
- Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat." Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."
- Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)
- Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12) Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."
Simposium IMAN Berjalan Lancar
Saturday, June 4, 2011
gambar sekadar hiasan - google search |
Popular Posts
-
kisah menarik seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan “Izinkan S...
-
Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini...
-
Ya Allah ya Tuhan kami..segala pujian dan kebesaran hanya milikMU Ya Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya..tuhan yang Maha Besar da...
-
kepada sahabat2 semua, jangan ntum terperangkap. Senyum saya yang pada mulanya, bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran....
-
Baca ayat dari surah ini, 3 kali selepas selesai solat fardhu. "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan bag...
-
Ramai dalam kalangan kita tidak sedari tentang nasib umat umat Islam di Indonesia, Filipina, Myammar dan seluruh dunia. Secara puratanya...
-
Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam Al...
-
Sebuah kisah pengajaran buat semua muslim. Jika anda mengelak dari menonton kisah ini, bermakna anda cuba untuk menipu diri sendiri keran...
-
"Dimulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" [1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam ker...
-
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperan...