News Update :

Aktiviti IMAN (Degree) hujung minggu lepas..

Thursday, October 4, 2012


Syukur Alhamdulillah, dengan izinNYA program ‘Booth Iman, Lawatan Mesra Kolej Taman Universiti (KTU) dan, Malam Aspirasi Iman berjalan dengan lancarnya.

Program ‘Booth Iman telah diadakan pada 19 September 2011, Rabu bermula jam 10 pagi sehingga jam 4 petang dan bertempat di kaki lima Blok B, laluan ke Blok B. Pembukaan ‘Booth Iman’ ini bertujuan bagi memperkenalkan Kelab Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN) kepada mahasiswa serta pendaftaran ahli baru. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan kepada pengunjung ‘Booth Iman’ seperti hadiah misteri, cabutan bertuah, kuiz, jualan coklat dan aksesori wanita, perkhidmatan tambah nilai dan lain-lain.




Pada 19 September 2012, Rabu telah berlangsungnya program ‘Lawatan Mesra Kolej Taman Universiti (KTU). Objektif program ini ialah merapatkan silatulrahim antara pelajar  baru dan lama. Disamping itu, Kelab IMAN juga dapat diperkenalkan kepada pelajar baru. Secara tidak langsung ia juga merupakan salah satu altenatif bagi memperomosikan Kelab IMAN kepada mahasiswa. Oleh yang demikian, pelajar baru tidak akan berasa terasing di UiTM Kedah.







24 September 2011, Isnin, telah berlangsungnya Malam Aspirasi Iman yang bertempat di Dewan Sarjana bermula jam 9 malam sehingga 11 malam. Program ini dimulakan dengan pendaftaran ahli lama dan ahli baru. Program ini bertujuan memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi dan AJK IMAN 2011 serta tayangan multimedia aktiviti IMAN sepanjang semester. Cabutan bertuah juga diadakan bagi memeriahkan majlis dan meraikan ahli-ahli IMAN. Majlis Malam Aspirasi IMAN diserikan lagi dengan persembahan nasyid dan puisi oleh ahli IMAN. Malam Aspirasi IMAN ini berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan malam VIP.
Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih bagi ahli-ahli IMAN yang telah hadir dan secara tidak langsungnya menjayakan program-program ini.






Semoga IMAN akan terus maju serta tampil dengan pelbagai aktiviti menarik lagi bermanfaat. Insha Allah.
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.