Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :" Rasulullah SAW  bersabda yang maksudnya:" Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan  ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu.  Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap  perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh  ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat  sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya."
(Riwayat Al-Bukahri)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Apabila salah seorang dari  kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan  sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang  dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya  hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang  dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."  (Riwayat Bukhari)
Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya. Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yang dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.
Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya, lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatan syirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya', ujub dan sebagainya. Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah seseorang itu melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.

Adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita sebagai penganut Agama Islam?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalamislam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)

0 comments:
Post a Comment