Mahabbah dalam ertikata yang sebenarnya ialah kasih dan sayang di antara satu dengan lain semata-mata kerana Allah swt.
Cinta kepada Allah dan Rasul adalah setinggi-tinggi nilai cinta yang  dimiliki manusia. Di dalam hadis Rasulullah -shallallahu 'alaihi  wasallam- menegaskan; Iman seorang hamba tidak akan sempurna selagi ia  tidak meletakkan dalam hatinya kecintaan kepada Allah dan RasulNya  melebihi dari cintanya kepada harta, anak dan diri sendiri.
Dengan mengingati segala nikmat Allah kepada kita bermula dari nikmat  kewujudan kita di atas muka bumi ini, nikmat kesihatan dan  kesejahteraan, tubuh badan yang sempurna, dikurniakan keluarga dan  sahabat handai yang menyayangi kita dan bermacam nikmat lagi. Namun  nikmat terbesar yang Allah kurniakan ialah nikmat iman dan amal soleh.  Semua manusia berkongsi nikmat hidup, nikmat sihat dan nikmat keindahan  tubuh badan (ahsani taqwim), namun sedikit sahaja dari mereka yang  dipilih Allah untuk diberi nikmat iman, amal soleh, berterusan beramal  soleh, nikmat kesungguhan untuk meningkatkan iman, nikmat kecintaan  kepada Allah dan RasulNya. 
Dari 6000 juta manusia di atas muka bumi ini, kita telah dipilih oleh Allah untuk diberikan nikmat khusus tersebut. Dengan mengingati nikmat-nikmat tersebut akan bertambahlah cinta kita kepada Allah. Adapun Nabi Muhammad, di antara yang boleh kita ingati semoga bertambah cinta kita kepada baginda ialah dengan mengingati jasa baginda menyampaikan risalah Allah kepada kita, jihad baginda, kesabarannya, keinginan baginda untuk melihat kesejahteraan kita dunia dan akhirat, kesungguhan baginda untuk menyelamatkan kita dari neraka dan supaya kita dapat masuk syurga dengan kurniaan Allah.
Adapun Rasulullah, sifat-sifatnya menggambarkan kesempurnaan seorang manusia. Baginda adalah seorang yang pengasih, tidak pernah kedekut, suka berkorban, sentiasa manis muka, berani, berlumba kepada kebaikan, penyabar dan sifat-sifat seterusnya yang tidak dapat kita jelaskan kesemuanya di sini. Sesiapa sahaja yang dengan penuh insaf membaca sirah hidupnya, ia pasti akan jatuh cinta kepada baginda.

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 31)

0 comments:
Post a Comment