News Update :

「PUISI ONLINE」 - 【 Kau Yang Teristimewa 】 - 「BPI 2012」

Friday, January 27, 2012


Mak…
Betapa beruntungnya aku
dilahirkan ke dunia yang serba indah ini
aku dibesarkan dari sekecil tapak tangan
hinggalah aku dewasa

mak…
betapa betuahnya aku dalam dunia ini
mempunyai seorang wanita yang
dianugerahkan oleh Allah kepada aku
keperibadianmu cukup mulia

mak…
kau beri aku segala-galanya
kemewahan,kasih-sayang,segala-galanya
bertapa untungnya aku
menjadi anakmu

mak…
doakanlah aku Berjaya
sesungguhnya itu sahaja
yang mampu aku balas segala jasamu
selama ini

mak…
kaulah segala-galanya
walau kadang-kala kata-katamu
menusuk kalbu
tapi ku tahu itu hanya nasihat seorang ibu

mak…
kau tetap teristimewa buatku
terima kasih atas segala
pengorbanamu buatku selama ini


- 「NOOR AZNIM BINTI ARIFFIN」 -
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright IMAN Club 2010 -2011 | Redesign by Manan Qayyim.